“Org lokal pun x buat gini” – Netizen Puji Tindakan Mat Saleh Bawa Anak Kutip S4mpah

Korang rajin tak untuk gotong-royong bersihkan kawasan terdekat dengan rumah korang bila ada waktu free?

Memang tak dapat dinafikan, aktiviti bergotong-royong memerlukan semangat dan juga kerajinan yang tinggi untuk dilaksanakan. Ini kerana, kerja-kerja gotong-royong boleh dikatakan berlipat ganda tugasnya berbanding kerja mengemas di rumah.

Namun, viral di media sosial baru-baru ini tentang video yang dikongsikan di TikTok melalui akaun @mdroslin yang merakam aksi seorang wanita Mat Saleh bersama dua orang anaknya mengutip s4mpah di satu kawasan yang dipercayai berada di Singapura.

Perbuatan wanita dan anak-anaknya itu meraih pelbagai reaksi netizen tempatan kerana mereka dilihatkan begitu bersahaja mengutip s4mpah dan boleh dikatakan yang mereka sudah biasa melakukan aktiviti tersebut.

Video:

@mdroslin

#foryou #foryoupage #fyp #viral #original #migrantworkerssg #matsalleh #cleantok #cleaningtiktok #clean

♬ original sound – Roslin – Roslin

The real ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’

Bukan itu sahaja, didikan yang ditunjukkan oleh wanita Mat Saleh sebagai seorang ibu itu turut mendapat pujian kerana berjaya mengajar anak-anaknya melakukan perkara yang jarang untuk dilakukan oleh orang lain.

Anak-anak kepada wanita tersebut juga dilihatkan tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dianggap k0tor oleh sesetengah orang membuktikan bahawa mereka telah dididik sejak kecil lagi.

Video tersebut kini telah mendapat lebih dari 100 ribu views dan 10 ribu likes di TikTok. Malah, video tersebut telahpun dikongsikan di Facebook dan juga Twitter. Ramai yang turut kagum kerana menunjukkan contoh yang baik supaya menjadi teladan kepada orang ramai.

Bagusnya dia jaga kebersihan. Min dari tadi asyik ulang je video ni sebab seronok tengok dia dengan anak-anak dia…

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Org lokal pun x buat gini” – Netizen Puji Tindakan Mat Saleh Bawa Anak Kutip S4mpah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*