Luar mendung, dalam rumah black0ut… pengantin tetap teruskan majlis! ‘Makcik-makcik’ terkejvt tengok foto selepas bergambar dalam gelap

KADANG-kadang perkara berlaku tidak seperti apa yang dirancang.

Begitulah yang berlaku kepada sepasang pengantin apabila majlis perkahwinan mereka berlangsung dalamsuasana gelap gelita, gara-gara bekalan elektrik terpvtus.

Namun mereka tetap meneruskan sesi fotografi bersama saudara-mara di pelamin dalam keadaan bergelap, dengan bimbingan dan tunjuk ajar jurugambar.

Najihah (kanan) dan suami bernikah pada 31 Oktober 2021. foto instagram allfendstudio

Berkongsi cerita, pengantin perempuan, Nur Najihah Tamzis memberitahu, insiden berlaku pada hari pernikahannya 31 Oktober lalu di rumah keluarganya di Johor Bahru, Johor.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, seminggu sebelum itu, keluarganya menerima notis mengenai kerja-kerja baik pvlih di kawasan perumahan mereka yang dilakukan pada tarikh pernikahannya.

“Menurut notis tersebut, kerja-kerja baik pulih dilakukan dari pvkul3 petang sehingga 7 malam. Kerja-kerja akan menyebabkan g4nggu4n bekalan elektrik sepanjang tempoh itu.

“Bukan rumah kami saja, turut terkesan adalah rumah-rumah lain di kawasan sama. Cuma saya sed1h dan speechless sebab g4nggu4n pada hari nikah,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Reda dengan keadaan yang berlaku, Najihah berkata, sesi fotografi perkahwinan perlu dibuat lebih awal sejurus selepas upacara akad nikah di pejabat agama di Johor Bahru, sebelah pagi.

Dia bagaimanapun memberitahu hujan berlaku pada hari berkenaan dengan cuaca mendung hingga ke petang.

pengantin blackout 6

Momen-momen dirakamkan di pelamin. foto instagram allfendstudio

Photoshoot bermula pvkul12 tengah hari tapi tak sempat habis sebelum pvkul3 petang. Sudahnya rumah black0ut dengan ahli keluarga terdekat yang hadir berada dalam gelap.

“Memang terkejvt, tapi nak buat macam mana. Keadaan di pelamin pula memang bergelap di dalam rumah kerana di luar pun mendung sebab baru lepas hujan.

“Tak ada generator untuk pasang lampu, kecuali bapa saudara gunakan lampu pada topinya yang sering dibawa untuk aktiviti memancing,” katanya yang berasal dari Pasir Gudang.

pengantin blackout 3

Antara rakaman ketika bekalan elektrik terpvtus. foto instagram allfendstudio

Menurut pembantu akaun itu, ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan dia dan suami dalam keadaan berpeluh apabila sesi fotografi diteruskan.

“Memang berpanas dan berpelvh. Tapi sesi fotografi perlu diteruskan di pelamin sebelum bersambung di outdoor. Alhamdulillah, ada bantuan daripada jurugambar.

Walaupun cuaca buruk dan black0ut, tapi syukur segalanya dipermudahkan, selain sesi fotografi dipercepatkan sebelum g4nggu4n bekalan elektrik. Alhamdulillah

NUR NAJIHAH TAMZIS

“Walaupun cuaca buruk dan black0ut, tapi syukur segalanya dipermudahkan, selain sesi fotografi dipercepatkan sebelum gangguan bekalan elektrik. Alhamdulillah,” kata Najihah.

Sementara itu, jurugambar, Aler Azwan Mohd Yusof pula berkata, sesi fotografi yang dirancang selesai sebelum bermulanya kerja-kerja baik pulih dilanjutkan selama setengah berikutan kehadiran ahli keluarga terdekat pengantin.

pengantin blackout 7

Aler berkongsi pengalaman merakam foto pengantin ketika ‘blackout’. foto instagram allfendstudio

“Mujur saya ada pengalaman ambil gambar pengantin masa black9ut, jadi saya buat persiapan awal dengan membawa peralatan tambahan seperti lampu,” katanya yang berpengalaman sebagai jurugambar selama 11 tahun.

Pemuda berusia 33 tahun itu berkata, sesi fotografi turut mengambil masa kerana lakonan semula acara selepas akad nikah untuk rakaman sebagai kenang-kenangan.

pengantin blackout 2

Masing-masing tersenyum meskipun dirakam ketika ‘black0ut’. foto instagram allfendstudio

“Serius memang gelap di kawasan pelamin. Pengantin pun nampak samar-samar. Penggunaan lampu flash membantu untuk menjadi rakaman foto lebih terang.

“Cuma saya kena pastikan semua yang bergambar memandang kamera tanpa tertutup mata. Sebab flash dalam gelap boleh buat mata mereka tertutup ketika bergambar.

“Saya minta mereka buka mata selain senyum. Dalam setengah jam habiskan sesi rakaman di pelamin ketika blackout, kira-kira 30 keping foto berjaya dirakamkan.

“Sampaikan ada sekumpulan makcik-makcik terkejvt selepas bergambar dalam gelap sebab tak percaya hasil gambar cantik macam tak blackout,” kata Aler.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Luar mendung, dalam rumah black0ut… pengantin tetap teruskan majlis! ‘Makcik-makcik’ terkejvt tengok foto selepas bergambar dalam gelap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*