“Jenuh aku fikir benda apa, rupa-rupanya..”, [Vide0] Jawapan dalam kerja rumah pelajar bikin netizen terhibur

Setelah sekian lama sekolah dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sudah pasti ramai pelajar yang sudah dapat membiasakan diri.

Begitu juga dengan ibu bapa atau adik beradik yang perlu memantau ahli keluarga ketika mengikuti proses PdPR, semakin hari sudah semakin mahir dalam memberi tunjuk ajar.

Gambar hiasan

Baru-baru ini, tular di TikTok yang menunjukkan seorang kakak sedang menyemak kerja rumah adiknya.

Dalam video tersebut, pada awalnya semuanya kelihatan biasa sahaja sehinggalah dia terlihat sebuah jawapan badminton, tetapi ditulis sebagai “Batbitteng”

Tidak menyangka adiknya akan menulis jawapan kerja rumah dalam dialek Kelantan, dia yang tidak dapat menahan rasa lucu serta merta tergelak apabila terlihat jawapan tersebut.

Video:

@ladyleesyazana

Penangan PDPR gaissss.. Eja pun asal bunyi jelaaa 😂😂😂 #pdpr #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – LadyLeeSyazana – LadyLeeSyazana

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video yang menerima 10.9 tanda suka tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarharian

Be the first to comment on "“Jenuh aku fikir benda apa, rupa-rupanya..”, [Vide0] Jawapan dalam kerja rumah pelajar bikin netizen terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*