“Ayah tinggalkan duit, saya guna berniaga” – Anak buka 3 bisnes selepas lebih setahun bapa men1ngg4l, lupakan hasrat jadi doktor

HASRAT g4dis ini untuk bergelar doktor tidak kesampaian apabila dia terjvn ke bidang lain selepas menamatkan pengajian.

Menurut Natasya Mat Puat yang juga graduan diploma Sains Gunaan, dia pada awalnya agak menyes4l, namun kini tersenyum bangga menguruskan bisnes sendiri.

Bercerita kepada mStar, g4dis berusia 22 tahun itu mended4hkan dia mula mengusahakan bisnes kejutan bouquet (bouquet surprise) pada Oktober tahun lalu.

Kafe dan kedai bunga yang diusahakan Tasya.

Biarpun diuji dengan p4ndem1k C0vldl9, dia bersyukur apabila bisnesnya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Kalau ikutkan saya memang suka bidang sains dan bercita-cita nak jadi doktor sejak sekolah rendah lagi. Tapi dapat rezeki lain pula selepas habis belajar.

“Keluarga ada buka kedai hadiah. Jadi saya mula buat surprise bouquet sebab supplier pun dah ada, boleh ambil dari kedai kami saja.

“Awal-awal tu rasa terkil4n juga tak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, sayu tengok kawan-kawan sambung belajar. Tapi lama-kelamaan saya boleh terima, bisnes pun makin berkembang,” ujarnya yang mesra disapa Tasya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Genap setahun mengusahakan bisnes itu, Tasya mengorak langkah lebih jauh dengan membuka sebuah kafe dan kedai bunga di Temerloh, Pahang pada bulan lalu.

Ujarnya, dia mahu serius dalam bidang itu dan kini fokus membangunkan jenama sendiri yang diharap dapat menjadi legasi buat keluarganya.

Ayah dulu pengusaha kedai makan. Banyak saya belajar dengan arw4h. Dia seorang yang penyabar.

TASYA

“Genap setahun lepas buat bisnes bouquet, saya buka kafe dan kedai bunga. Kedai hadiah milik keluarga berada di tingkat bawah, manakala kafe dan kedai bunga saya berada di tingkat atas.

“Kedai ini pula jenis memanjang. Di depan saya letak bunga. Di belakang boleh dine in. Setakat ini saya jual lebih 10 jenis bunga termasuklah ros, daisy dan kekwa.

“Kafe saya pula lebih memfokuskan makanan barat. Biasanya pelanggan suka makan pasta di kafe saya. Kalau ada pasangan yang datang makan, boleh terus beli bunga. Nak sekuntum pun boleh, nak sejambak pun kami boleh tolong gubahkan,” ujarnya lagi.

Bercerita lanjut, Tasya akui perjalanan sebagai usahawan tidak mudah kerana dia diuji berdepan kem4tian bapanya, Mat Puat Tajudin pada September tahun lalu.

tasya2

Foto kenangan Tasya sekeluarga.

Ded4h Tasya, selain wang simpanan sendiri, dia turut menggunakan wang peninggalan Allahyarham untuk memulakan dua bisnes berkenaan.

“Ayah men1ngg4l pada usia 55 tahun kerana k4ns3r p4nkre4s. Ayah tinggalkan duit untuk kami. Jadi saya cakap kat ibu, saya nak guna untuk berniaga. Sebulan lepas ayah men1ngg4l, saya mula berniaga.

“Dengan duit itu juga, saya buka kafe dan kedai bunga. Pada masa sama, saya gunakan juga duit simpanan hasil bisnes bouquet. Walaupun ayah dah tak ada, saya sentiasa bawa semangat ayah.

“Ayah dulu pengusaha kedai makan. Banyak saya belajar dengan arw4h. Dia seorang yang penyabar. Ayah juga pesan biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita balas dengan kej4hatan.

tasya4

Tasya sebelum ini bercita-cita untuk bergelar doktor.

“Mula-mula saya ceburi bisnes, memang saya akui agak sus4h. Tapi mujurlah keluarga pun ada latar belakang bisnes, mereka banyak beri nasihat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Tasya juga aktif berkongsi video-video berkaitan bisnes menerusi TiKTok miliknya.

Antara yang mencvri tumpuan tentunya video bouquet gergasi 2,000 keping wang kertas RM1 yang digubah olehnya.

Ded4h Tasya, dia mengambil masa empat hari untuk menyiapkan tempahan berkenaan.

tasya5

Tasya mengambil inspirasi dan semangat arw4h bapanya untuk mengusahakan bisnes sendiri.

Selain kawasan Temerloh, Tasya turut menerima tempahan bouquet dari negeri lain termasuklah Sabah dan Sarawak.

“Bouquet dalam video itu menggunakan wang RM1 sebanyak 2,000 keping yang ditempah pelanggan saya pada Ogos lalu. Kami terp4ksa tolak dengan kerusi, hampir terj4tuh ketika pelanggan datang nak ambil.

“Selain kawasan terdekat, saya juga ada pelanggan dari negeri lain sehinggalah ke negeri Sabah. Alhamdulillah, setakat ini semua bouquet yang saya hantar akan sampai dengan selamat,” ujarnya lagi.

K0men netizen: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Ayah tinggalkan duit, saya guna berniaga” – Anak buka 3 bisnes selepas lebih setahun bapa men1ngg4l, lupakan hasrat jadi doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*