Wow! Tulis terbalik tapi hasilnya padu, patutlah kertas BM dapat A… sebelum kahwin suami minta buat demo tapi bukan karang surat cinta

BUKAN semua orang mempunyai bakat menulis dengan tulisan yang cantik.

Bagi seorang wanita, tulisannya bukan sahaja cantik malah dia menulis dengan cara terbalik.

“Tulisan dia terbalik pun lawa, sampai (tulisan) aku macam c4kar ayam.”

Dila sudah biasa menulis secara terbalik sejak di sekolah menengah.

“Saya jenis tulis kat kertas yang senget baru tulisan cantik. Tapi ni terbalik terus,” antara komen-komen netizen.

Wanita berkenaan, Noradilah Abd Rahman berkata, dia tidak menyangka rakaman yang dibuat oleh seorang rakannya ketika mengisi borang cuti di tempat kerja menjadi tular.

“Masa tu saya tengah isi borang cuti sebab ada hal keluarga. Saya pun saja tulis dengan kedudukan borang tu terbalik, tapi tulis normal macam biasa.

“Bagi saya tiada yang pelik sebab dah biasa tulis dalam keadaan kertas terbalik. Mungkin kawan saya pertama kali tengok, rasa teruja dan terus rakam,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lebih mesra disapa Dila, wanita berusia 32 tahun itu berkata, kebolehannya untuk menulis secara terbalik itu hanya disedari ketika di sekolah menengah.

“Masa tu tengah bosan di kelas, saya saja tulis terbalik. Saja-saja cuba, sekali menjadi pula.

“Lama-kelamaan saya dah biasa tulis terbalik selepas dah banyak kali cuba,” ujarnya yang berasal dari Sungai Rambai di Jasin, Melaka.

Menurut kakitangan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Rahmat di Johor Bahru, Johor ini, dia sebenarnya menulis menggunakan tangan kiri atau tangan kidal.

“Saya dapat tahu segelintir orang yang tangan kidal ni juga berkebolehan untuk menulis secara terbalik, tapi bukan semua.

“Sebab ada je kenalan saya yang tangan kidal tapi tak boleh menulis secara terbalik meskipun berlatih berkali-kali,” katanya sambil menambah salah seorang sepupu perempuannya yang kidal turut berkebolehan menulis dengan kemas secara terbalik.

tulis terbalik 2

Dila (kiri) dan suami.

Ibu kepada empat cahaya mata ini mendapat perhatian di media sosial, dengan rakaman video menunjukkan dirinya menulis secara terbalik meraih lebih 1.6 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Mengimbas kembali zaman persekolahan, Dila memberitahu dia pernah menulis secara terbaik untuk sebuah karangan Bahasa Melayu.

“Lebih 200 patah perkataan karangan tu. Cikgu pernah nampak saya tulis terbalik dan tegvr kenapa tulis macam tu, tak elok.

“Saya pernah menulis karangan untuk kertas peperiksaan Bahasa Melayu ketika menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alhamdulillah saya dapat A untuk subjek itu,” katanya.

tulis terbalik 1

Dila (belakang, dua kiri) bersama suami (hadapan, kanan) dan anak-anak.

Dalam pada itu, Dila yang juga berkebolehan menjahit turut mended4hkan kebiasaannya dia menulis secara terbaik bagi menghilangkan rasa bosan.

“Kadang-kadang kalau saya bosan, saya akan tulis terbalik. Sebenarnya kalau tulisan saya yang ditulis secara terbalik lebih kemas daripada ditulis secara biasa,” tambahnya.

Menurut wanita itu, suaminya antara individu yang menyedari kebolehannnya itu sebelum mereka mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.

“Masa tu belum kahwin, suami nak tengok saya buat demonstrasi sebab tak percaya. Naib baiklah masa tu bukan zaman tulis surat cinta… kalau tak, saya memang karang panjang-panjang tulis surat cinta secara terbalik untuk suami,” ujarnya secara berseloroh.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Wow! Tulis terbalik tapi hasilnya padu, patutlah kertas BM dapat A… sebelum kahwin suami minta buat demo tapi bukan karang surat cinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*