[Vide0] Gelagat mak Nubhan masuk butik mewah buat ramai terhibur

UMUM mengetahui penyanyi dan pelakon kelahiran Akademi Fantasia musim 6, Nubhan semakin menjadi sebutan ramai apabila selalu berkongsi video gelagat ibunya yang dikenali Mak Jenny.

Gelagat bersahaja ibu dan anak itu dilihat digemari ramai dan mula menjadi trending. Layanan mesra Nubhan terhadap ibunya juga membuka hati ramai untuk lebih menghargai ibu bapa.

Seperti perkongsian terbaharunya di laman Facebook, Nubhan dilihat membawa ibunya ke sebuah pusat membeli belah. Dengan teragak-agak memasuki butik mewah itu, Mak Jenny diberi peluang untuk memilih sendiri beg tangan yang disukai.

Selepas memilihnya, dilihat ada beberapa buah yang digemari Mak Jenny dan wanita tersebut membuat keputusan untuk memiliki semuanya apabila Nubhan berseloroh mengatakan harganya hanya beberapa puluh ringgit.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Apa yang menarik perhatian ramai apabila reaksi spontan pemilik nama sebenar Badariah Omar,76, setelah mengetahui harga sebenar beg tangan tersebut.

Wajah ceria Mak Jenny secara autom4tik berubah menjadi serius. Pendek kata membebel Mak Jenny terkejvt dengan harga yang dimaklumkan dan terus membatalkan niat untuk membelinya.

Gelagat dua beranak itu sarat menerima pelbagai komen dari warganet selepas tular dan mendapat shares hampir 10,000 kali. Rata-rata terhibur dan memuji sikap nakal dan manja Nubhan yang suka menyakat ibunya serta reaksi selamba Mak Jenny yang cukup mencuit hati.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarharian

Be the first to comment on "[Vide0] Gelagat mak Nubhan masuk butik mewah buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*