Sepuluh selebriti terkenal United Kingdom terkaya berusia bawah 30 tahun

Sepuluh selebriti terkenal United Kingdom (UK) mempelopori senarai individu terkaya berusia bawah 30 tahun.

Senarai itu dikeluarkan majalah hiburan, Heat.

Seperti tahun sebelumnya, bintang muzik sekali lagi mendahului senarai berkenaan, namun terdapat juga kemunculan beberapa muka baharu yang mengejutkan:

1. Ed Sheeran, 30, AS$323 juta (RM1.35 bilion)

Penulis lirik dan penyanyi ini muncul tiga tahun berturut-turut dalam senarai paling terkaya.

Dia turut memecah rekod lagu paling banyak distrim di Spotify menerusi lagu Shape of You serta kutipan tertinggi tontonan sepanjang masa dengan siri jelajah, ÷ Tour.

2. Harry Styles, 27, AS$107 juta (RM447.6 juta)

Harry pernah menjadi ahli kumpulan popular, One Direction. Dia berterima kasih kepada bekas kumpulannya kerana meraih banyak pendapatan.

Dia perlahan-lahan membina kekayaannya sendiri melalui kerjaya muzik solo yang masih baru dan beberapa tawaran lakonan.

3. Little Mix, AS$89.9 juta (RM376.1 juta)

Selepas sedekad memenangi program The X-Factor, kumpulan Little Mix membuat kejayaan luar biasa apabila mampu menjual lebih 60 juta rekod.

Namun, mereka turut mencipta nama melangkaui bidang muzik termasuk menjadi duta kepada semua jenis barangan dagangan dan menjadi pempengaruh di media sosial.

4. Niall Horan, 28, AS$77 juta (RM322 juta)

Sama seperti rakan kumpulannya, Harry kebanyakan pendapatannya diraih menerusi One Direction.

Namun, dia turut mengeluarkan dua album solo. Dia mengubah haluan kepada perniagaan termasuk melabur dalam jenama Gym+Coffee dan Modest! Golf.

5. Cara Delevingne, 29, AS$70 juta (RM292.8 juta)

Bermula sebagai model terkemuka, Cara perlahan-lahan menceburi perniagaan dan melabur dalam jenama Lora DiCarlo.

Selain itu, dia aktif sebagai menjadi pelakon.

6. Louis Tomlinson, 29, AS$63 juta (RM263.56 juta)

Louis mengikuti jejak langkah rakan kumpulannya, One Direction yang lain apabila menceburi karier solo dan mengeluarkan albumnya pada 2020.

7. Liam Payne, 28, AS$63 juta (RM263.56 juta)

Liam bergandingan dengan Louis dalam kedudukan ketiga ahli kumpulan One Direction paling kaya.

Dia gemar mempamerkan kekayaannya antaranya dengan berkongsi koleksi kereta mewah, Lamborghini di garaj kediamannya.

8. Dua Lipa, 26, AS$58 juta (RM242.64 juta)

Salah seorang artis terhangat, Dua Lipa pastinya mengaut banyak pendapatan daripada karya muziknya. Tariannya juga membawanya ke tangga teratas dalam carta serta mencuri perhatian sehingga dilantik menjadi duta dan jurucakap beberapa jenama terkemuka dunia termasuk Versace dan Yves Saint Laurent.

9. Zayn Malik, 28, AS$51 juta (RM213.36 juta)

Menjadi ahli One Direction pertama meninggalkan kumpulan itu, Zayn antara individu paling kurang kaya daripada empat rakannya itu. Namun, dia berjaya mengeluarkan tiga album solo.

10. Sam Smith, 29, AS$49.5 juta (RM207.08 juta)

Kebanyakan hasil kekayaannya datang daripada lagu popular menduduki carta seperti Stay With Me dan jelajah dunianya yang mengaut lebih AS$84 juta (RM351.4 juta)

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Sepuluh selebriti terkenal United Kingdom terkaya berusia bawah 30 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*