Jual siakap, sotong ketika Langkawi sepi tanpa pelancong, kini rezeki ejen pelancongan ‘berwajah wanita’ makin lebat… booking masuk tiap hari!

SEKTOR pelancongan yang lvmpuh g4ra-g4ra p4ndem1k C0vldl9 memberi kesan mendalam buat penduduk Langkawi.

Menurut Mohammad Hafiz Hassan, 27, dia yang bekerja sebagai ejen pelancongan bagaikan ‘terduduk’ selepas pulau peranginan di negeri Kedah itu sepi tanpa kehadiran pelancong sejak tahun lalu.

Enggan mervngut akan n4sib yang menimpa, dia bagaimanapun tampil dengan alternatif lain demi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh serba menc4bar itu.

Hafiz sempat menjadi nelayan ketika p4ndem1k melanda negara.

“Keluarga saya dah lama terlibat dalam bidang pelancongan di Langkawi. Sejujurnya, memang tervk terjejas bila p4ndem1k C0vldl9 melanda.

“Kita pun berem0si, rasa down. Tapi ada semangat untuk teruskan hidup. Abah dulu pemandu teksi pelancong, ketika itu dia kumpul duit dan beli sebuah bot.

“Bila Langkawi sepi tanpa pelancong tahun lepas, saya dan abah jadi nelayan. Walaupun saya tak pandai, tapi saya tetap teruskan.

“Biasanya kami akan candat sontong. Ikan-ikan seperti jenahak dan siakap yang kami tangkap akan dijual di pasar,” ujarnya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mesra disapa Hafiz, dia bagaimapaun bersyukur apabila situasi semasa p4ndem1k semakin pvlih sehingga pulau peranginan itu kembali menerima kehadiran pelancong sejak September lalu.

Malah kata Hafiz, dia seronok melihat pulau legenda itu kembali ‘hidup’ sekaligus membuka peluang rezeki buat dia sekeluarga serta penduduk setempat yang lain.

Saya pun dah terbiasa dan anggap ia perkara normal. Saya juga anggap mereka bergurau saja.

HAFIZ

“Kita tak pernah jangka berlaku p4ndem1k. Minta-minta supaya ia tak berlaku lagi. Saya lega lihat keadaan makin pulih.

“Sekarang, booking masuk setiap hari. Kami dah mula sibuk, saya sangat gembira dengan keadaan ini,” ujar anak tunggal itu.

Dalam pada itu, perkongsian video Hafiz di TikTok turut membuka pintu rezeki apabila dia meraih pelanggan menerusi platform itu.

hafiz3

Hafiz tak kisah wajahnya menjadi perhatian ramai selepas tular di TikTok.

Pada masa sama, video Hafiz turut tular apabila dia digelar ‘lelaki berwajah wanita’ dan dikatakan mempunyai rupa persis kaum hawa.

“Mula-mula saya buat video santai-santai saja. Pada masa sama, saya kongsi pasal pekerjaan saya. Saya cerita yang saya ni orang Langkawi, buat content cakap utara.

“Tiba-tiba jadi viral, tarikan kat wajah saya. Ramai yang komen dan cakap wajah saya macam perempuan. Sebenarnya dari zaman belajar lagi orang selalu tegur mengenai wajah saya.

hafiz 5

Bot nelayan milik bapanya.

“Saya pun dah terbiasa dan anggap ia perkara normal. Saya juga anggap mereka bergurau saja. Saya tak pernah berkecil hati. Saya bersyukur kalau orang terhibur dengan video-video saya.

“Sejak itu juga, ramai yang mesej tanya pakej pelancongan dengan saya. Terima kasih atas sokongan semua,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, Hafiz mempunyai lebih 36,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Jual siakap, sotong ketika Langkawi sepi tanpa pelancong, kini rezeki ejen pelancongan ‘berwajah wanita’ makin lebat… booking masuk tiap hari!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*