Termenung sendiri sambil pegang bunga tangan anak perempuan, selepas nikah baru ‘terb0ngk4r’ bapa sed1h tak sempat kenal pengantin lelaki

MANA-MANA bapa di dunia ini pasti tidak dapat menyembunyikan perasaan sed1h dan berat h4ti apabila terp4ksa ‘melepaskan’ anak perempuan mereka kepada lelaki yang bakal mengambilalih tanggungjawab sebagai seorang suami.

Bak kata pepatah ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa’.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, jelas kelihatan wajah svgul si bapa ketika majlis pernikahan anak perempuannya baru-baru ini, sekali gus turut mengundang rasa s4yu netizen.

Hari bahagia Aziela pada Sabtu minggu lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Aizatul Aziela Azizi berkata video berkenaan dimuat naik oleh jurufoto, Mohammad Haikal Zamakh Shariff yang sempat ‘merakam’ momen istimewa itu pada hari bahagianya, Sabtu minggu lalu.

“Sebenarnya abah dah lama berp1sah dengan mak sejak kecil lagi, iaitu sekitar umur saya sembilan tahun. Selepas berp1sah dengan mak, abah pindah ke Perlis manakala saya dan adik beradik lain membesar di Sungai Besar, Selangor bersama mak.

“Abah memang teg4s g4rang tapi sangat manjakan anak-anak perempuannya. Kami selalu berhubung dan bertemu tapi baru-baru ini terp1sah selama dua tahun sebab p4ndem1k. Maknanya, masa majlis nikah itulah pertemuan pertama selepas dua tahun.

“Mengambil kira nak patuhi SOP, hanya abah, adik dan kawan saya yang teman masa nikah di masjid… mak tak ikut. Memang hari itu abah banyak term3nung… sambil tolong pegangkan bunga tangan saya. Nak jadi cerita, hujan pula turun. Seolah-olah ‘deep’ sangat momen tu.

“Saya ingat saya seorang yang perasan abah banyak menvng, rupa-rupanya jurufoto pun perasan dan dia pun sempat rakam,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Senang disapa sebagai Aziela, wanita ini berkata dia kemudian bertanya kepada bapanya mengenai perubahan sikapnya selepas majlis pernikahan selesai.

“Abah kata dia sed1h sebab tak ada kesempatan nak berkenalan dengan suami saya sebelum nikah. Masa kakak-kakak saya kahwin dulu, dia sempat berjumpa dan berkenalan dengan pasangan mereka.

“Abah juga kata dia sed1h sebab saya anak perempuan bongsu… dah tak ada dah anak untuk dia nikahkan selepas ini,” ujarnya yang merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik.

Tambah Aziela, sewaktu dia memaklumkan berita gembira bakal mendirikan rumah tangga kepada bapanya, lelaki itu kerap kali bertanya mengenai keputusannya kerana mahu memastikan dia memilih calon suami yang tepat.

kahwin 2

Sungguhpun tidak tinggal bersama namun hubungan Aziela dan bapanya begitu akrab.

“Masa buat video call sebelum ni pun, abah bertegas nak nikahkan saya sendiri. Abah cakap, PKP atau tidak, biar abah yang nikahkan. Dia nak serahkan sendiri anaknya depan-depan.. tak nak nikah online.

“Jadi bila boleh rentas, terus kami langsungkan majlis nikah. Masa nikah tu abah banyak pesan dekat suami, minta terima anaknya ini seadanya. Sebab abah jauh… tak boleh selalu tengokkan. Dia bersyukur kerana ada orang yang akan jaga saya nanti,” ujarnya yang bekerja dalam sektor swasta di Shah Alam.

Aziela berkata dia sama sekali tidak menyangka video yang dikongsi oleh jurufotonya menjadi tular di aplikasi TikTok.

Abah kata dia sed1h sebab tak ada kesempatan nak berkenalan dengan suami saya sebelum nikah.

AIZATUL AZIELA AZIZI

“Sedih bila baca komen-komen netizen, ada yang kata dah tiada bapa untuk menikahkan mereka nanti. Secara tak langsung, ia buat saya sedar dan bersyukur yang saya masih ada bapa walau kami jauh.

“Perasaan bila bapa sendiri yang nikahkan kita tu memang lain walaupun kita ada wali lain. Saya harap semua anak-anak khususnya perempuan, walaupun selepas hidup bersama suami, jangan lupa ibu bapa yang bela kita dari kecil,” ujarnya yang selamat dinikahkan di Masjid Kampung Sungai Besar.

Sementara itu, Mohammad Haikal pula menyifatkan momen yang dirakam pada majlis pernikahan Aziela adalah antara momen yang paling menyentuh jiwanya sepanjang enam tahun berkecimpung sebagai jurufoto perkahwinan.

photog

Mohd Haikal sudah enam tahun bergelar jurufoto perkahwinan.

“Ayah pengantin perempuan pegang je bunga tangan anaknya… dan dia banyak term3nung. Masa majlis tu pula hujan… seolah-olah kena dengan mood. Pakcik tu tak perasan saya rekod.

“Saya niat nak hadiahkan video tu dekat pengantin dan minta kebenaran juga sebelum kongsi di TikTok. Dua jam muat naik, terus dapat lebih 200,000 views.

“Menerusi video tu, saya nak sampaikan mesej iaitu betapa susahnya seorang bapa nak lepaskan seorang anak perempuan kepada lelaki lain. Jadi, lelaki yang bakal menjadi suami, jagalah isteri sebaik-baiknya,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Termenung sendiri sambil pegang bunga tangan anak perempuan, selepas nikah baru ‘terb0ngk4r’ bapa sed1h tak sempat kenal pengantin lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*