Setahun bersed1h tanggung r1ndu, ibu kembali ceria jumpa ‘kembar’ arw4h anak ketika naik cruise – “Suami beranikan diri tegvr pemuda tu”

SETAHUN menanggung r1ndu selepas pemergian anak lelaki, siapa sangka si ibu akhirnya ‘dipertemukan’ dengan seseorang yang saling tidak tumpah seperti insan yang paling dir1nduinya.

Bagai melihat anak kandung sendiri di hadapan mata, warga emas berkenaan terus mengalirkan air m4ta kerana terlalu seb4k bercampur gembira.

Detik ‘pertemuan’ yang berlaku secara kebetulan itu dikongsikan oleh menantunya menerusi rakaman TikTok yang sehingga kini meraih melebihi 727,000 jumlah tontonan.

Ibu mentua Syira bersama arw4h adik iparnya, Muhammad Alif Affandi Adnan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Syahira Bakri berkata dia bersama keluarga baru-baru ini bercuti ke Muar, Johor, dan tanpa diduga mereka terserempak dengan seorang pemuda yang benar-benar seiras dengan arw4h adik iparnya.

“Kami nak naik cruise dekat Muar masa tu. Tiba-tiba ibu mentua cakap, ada seorang pemuda dekat situ mukanya saling tak tumpah dengan arw4h adik ipar, Muhammad Alif Affandi Adnan.

“Semua sama, dari segi senyuman, rambut, cara berjalan. Saling tak tumpah. Mak serta merta mengalirkan air m4ta. Kami pun tengok memang sama. Suami saya dan seorang adik ipar beranikan diri tegvr pemuda itu yang juga sedang bercuti dengan keluarganya.

“Suami tunjukkan gambar arw4h kepadanya dan beritahu wajah adiknya sama macam pemuda tu. Mak pemuda tu pun cakap wajah mereka seiras. Sempatlah juga adik ipar dan suami tangkap gambar bersama pemuda bernama Amin tu.

“Arw4h adik kepada suami saya men1ngg4l dvnia pada 12 November tahun lepas, ketika berusia 23 tahun. Arw4h mempunyai mas4lah j4ntung sejak kecil. Pertemuan dengan Amin pula berlaku pada 15 November… dekat-dekat tarikh kem4tian arwah. Memang kebetulan sangat,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Senang disapa sebagai Syira, wanita ini berkata selepas pertemuan tersebut, ibu mentuanya, Salwa Ahmad, 55, berulang kali melu4hkan hajat mahu bertemu lagi dengan pemuda berkenaan sekiranya ada peluang.

“Bila ulang-ulang video pendek yang saya rakam, mak mentua jadi sed1h. Dalam pertemuan singkat tu, tak minta langsung nomber telefon Amin. Kami sed1h tengok mak macam tu, sebab itu saya fikir untuk post dekat TikTok sebagai salah satu cara untuk jejaki semula pemuda bernama Amin tu.

“Video tu viral tak sampai 24 jam pun. Menderu-deru komen netizen. Alhamdulillah, tiba-tiba dapat WhatsApp daripada seseorang yang mengaku dia sepupu Amin dan berikan nombor Amin kepada kami.

“Alangkah gembiranya bila kami dapat hubungi Amin. Kami luahkah hasrat kepada Amin dan dia pun gembira nak datang jumpa mak mentua di sini bila ada kelapangan sebab dia di Johor, kami pula di Shah Alam.

Masa sed1h dulu, mak mentua cakap teringin nak ikut arw4h ‘ke sana’ bersama. Setahun dia r1ndu… sebab tu dia happy bila dah jumpa dengan ‘kembar’ arw4h.

NUR SYAHIRA BAKRI

“Mak mentua happy sangat bila dapat tahu Amin nak datang bila-bila nanti. Dia kata dia cuma nak pandang untuk mengubati ker1nduan pada arw4h,” ujar Syira.

Bercerita lebih lanjut, Syira berkata ibu mentuanya sememangnya menunjukkan perubahan selepas adik iparnya men1ngg4l dvnia setahun lalu.

“Arw4h adik ipar adalah anak ketujuh daripada sembilan beradik. Semasa hayatnya, arw4h selalu utamakan mak. Adik beradik lain pun utamakan mak juga tapi arw4h ni lain sikit.

“Dia s4kit tapi dia nak jaga mak. Mereka juga tak pernah berjauhan langsung… sebab tu mak mentua terkesan. Wallpaper telefon bimbit mak pun letak gambar arw4h, dan mak selalu dengar rakaman suara arw4h yang dia simpan.

“Sepanjang lar4ngan tak boleh pergi ziarah kvbur, mak sed1h sangat. Walaupun dah setahun arw4h pergi, kalau duduk seorang diri, mak pasti men4ngis.

“Pernah juga masa sed1h dulu, mak mentua cakap teringin nak ikut arw4h ‘ke sana’ bersama. Setahun dia r1ndu… sebab tu dia happy bila dah jumpa dengan ‘kembar’ arw4h,” ujarnya.

kembar 2

Salah seorang adik ipar Syira turut mengabadikan kenangan bersama Amin, pemuda yang mempunyai iras seperti arw4h Muhammad Alif Affandi Adnan.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Syira dalam masa yang sama meluahkan rasa terh4ru dengan keprihatinan netizen.

“Ramai sangat yang tolong jejaki Amin masa saya mula-mula upload video tu, kami terharu dan nak ucap terima kasih tak terhingga. Dengan bantuan merekalah, kami berjaya hubungi Amin semula.

“Disebabkan viral, ramai yang ikuti kisah tersebut dan minta saya update setiap perkembangan dalam usaha kami pertemukan Amin dengan mak mentua. InsyaAllah kami akan set masa yang sesuai.

“Tak kurang juga, ramai juga yang mengharapkan agar Amin diambil sebagai anak angkat.

“Apa pun, kami sekeluarga nak ucap jutaan terima kasih kepada Amin kerana sudi mahu luangkan masa untuk mak mentua kelak,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Setahun bersed1h tanggung r1ndu, ibu kembali ceria jumpa ‘kembar’ arw4h anak ketika naik cruise – “Suami beranikan diri tegvr pemuda tu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*