Penampilan Macam J-Hope, Awal Ashaari ‘BTS Melayu’

Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) telah melabuhkan tirai pada Sabtu lalu. Pada malam kemuncak itu, penampilan setiap selebriti menjadi fokus utama dan antara yang mendapat ‘spotlight’ adalah penyanyi Aina Abdul dan pelakon Janna Nick.

Kebetulan sama

Baru-baru ini, nama pengacara popular Awal Ashaari menjadi perhatian dalam kalangan peminat kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan, BTS. Ini kerana persalinan yang digayakan di ABPBH34 pernah digayakan anggota kumpulan itu, J-Hope.

Menurut Awal, 40, sut itu diterbangkan khas dari Paris, Perancis daripada koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari berkata dia tidak tahu baju yang sama pernah dipakai oleh salah seorang anggota BTS. Katanya, dia sendiri terkejvt kerana bukan setakat baju yang sama malah rambut juga.

Saya pun tidak tahu yang baju ini dipakai oleh seorang anggota BTS, cuma saya dapat tahu apabila ada orang ‘forward’ di Twitter. Saya pun terkejut juga bila bukan saja baju sama, rambut pun sama juga. Sangat kebetulan.

Apa yang pasti baju ini diterbangkan khas dari Paris iaitu koleksi Louis Vuitton Fall Winter 2021 untuk saya pakai pada ABPBH 34.

Saya seronok sebab dapat bereksperimen dan terh4ru apabila peminat menghargai gaya itu. Okaylah, ini BTS Melayu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Menjengah komen peminat di akaun TikTok, kebanyakannya memuji dan melahirkan rasa kagum dengan penampilan suami aktres Scha Alyahya pada malam itu.

Difahamkan Awal turut menggayakan baju yang pernah dipakai seorang lagi anggota BTS iaitu Jungkook sewaktu mengacarakan sebuah program.

Untuk rekod, koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 diperkenalkan kepada umum pada Julai lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Penampilan Macam J-Hope, Awal Ashaari ‘BTS Melayu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*