“Apa benda yang rancak?” – Trendsetter ‘Rancak Berd0sa’ Ulas Ungkapan Popular Di Tiktok

Hari ini rancak… di sini rancak… di sana rancak berd0sa… 

Haa… sebut je ungkapan ini, terus terngiang-ngiang suara yang tengah trending kat Tiktok sekarang, kan?

Sejak kebelakangan ni, kerap betul kita nampak trend suara ‘Rancak Berd0sa’ ni digunakan di laman sosial, terutamanya di Tiktok. Sampaikan ada selebriti yang menggunakan tagline ini dalam program televisyen seperti Maharaja Lawak Mega 2021.

@ahmadsaffuan86

Hari ini rancak, mana mana rancak, berdosa berdosaaaa 🤭😁😂😛

♬ mana mana rancak_berdosaaa. – Ahmad Saffuan

Senang cerita, satu Malaysia dah kenal lah dengan trend ni.

Sehubungan dengan itu, pemula trend ini iaitu Ahmad Saffuan tampil memberikan penjelasan di sebalik ungkapan yang semakin merebak di serata negara ini.

Video:

@ahmadsaffuan86

Mai kita dengaq penjelasan Mana Mana Rancak BERRDOSAAA !!!

♬ bunyi asal – Ahmad Saffuan – Ahmad Saffuan

Melalui perkongsian lebih 2 minit itu, lelaki ini menjelaskan bahawa ungkapan ‘rancak berd0sa’ itu peroleh ketika bermain badminton dengan salah seorang rakannya. Tertarik dengan frasa tersebut, dia mencari video yang dinyatakan oleh rakannya di Tiktok.

Menurutnya, ungkapan rancak berd0sa itu sudah disebut-sebut oleh seorang penggemar motosikal di Tiktok. Frasa itu dikatakan hanya sekadar suka-suka dan tidak membawa apa-apa maksud tersirat. Namun, content yang dibuat oleh individu itu tidak begitu ‘meletvp’.

Walau bagaimanapun, Ahmad Saffuan mengaku tertarik dengan ungkapan tersebut dan cuba membuat content dengan caranya yang tersendiri.

Aku ulang balik, lepas tu aku ada lah tambah sikit dengan cara aku dan style aku. Dengan niat saja je suka-suka nak post kat akaun sendiri, kan? Nak bagi kawan-kawan tengok, nak bagi kawan-kawan happy. Takde niat lain pun” 

Untuk menutup penjelasannya, Ahmad Saffuan juga menyatakan dia tidak akan claim ungkapan tersebut sebagai milikannya atas dasar hormat kepada pemula sebenar frasa itu. Dia turut memohon maaf kepada pencipta frasa meletvp itu.

Tak sampai sehari video ini dimuat naik, jumlah tontonannya sudah melebihi 2 juta. Rata-rata netizen memuji tindakannya yang tidak mengambil hak cipta orang lain untuk jadi kepunyaannya sendiri. Respect betul!

Tak apalah, bang. Sekarang dah memang satu Malaysia tahu wajah di balik ‘Rancak Berd0sa’ tu. Mana-mana rancak…..

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Apa benda yang rancak?” – Trendsetter ‘Rancak Berd0sa’ Ulas Ungkapan Popular Di Tiktok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*