Siti Nurhaliza Respon Isu Jam RM1.1 Juta, N4fi Tahu Harga Sebenar – ‘Hadiah Daripada Suami & Saya Tak Pernah Tanya’

Penampilan penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) minggu lalu, mencvri perhatian ramai apabila beliau menggayakan aksesori mewah jenama antarabangsa. Hasil carian netizen, jam mewah bertali merah dan bertatahkan belian dipakai oleh TokTi dikatakan bernilai RM1.1 juta. Wow!

Hadiah pemberian suami

Menerusi temu bual bersama Melodi, pemilik nama Nurhaliza Binti Tarudin tampil memberikan respon mengenai jam mewah yang digayakan olehnya. Ujar TokTi, jam itu merupakan hadiah daripada suami tersayang dan dia sama sekali tidak mengetahui harga sebenar jam berkenaan.

Mengulas lebih lanjut, TokTi turut menceritakan Datuk K suka melihat dirinya tampil bergaya dan gemar membeli koleksi-koleksi jam.

Jam itu adalah hadiah daripada suami saya dan saya tak pernah tanya pun. Bie (Datuk K) berapa harga ni dan sebagainya. Apa yang suami hadiah alhamdulillah saya terima dan suami memang suka saya bergaya dan membeli koleksi-koleksi jam.

So bagi saya tiada apa sangat, sebagai seorang isteri saya hargai dan pakai tak adalah nak ambil tahu berapa banyak berapa harga dan sebagainya.

Respon beg tangan mahal

Ujar pelantun lagu Cindai lagi, beg tangan mewah yang dibelinya merupakan cadangan daripada pereka fesyen terkenal, iaitu Rizman dan boleh dipadankan dengan baju yang dipakai olehnya. TokTi pada masa yang sama, turut akui dirinya bukan kaki shopping seperti wanita-wanita lain.

Saya tak pandai matching-matching ni, so Rizman lah tolong. Dia cakap kak Siti beg ni tak sesuai apa semua. So dia kata ada satu beg yang cantik dan boleh matching sangat dengan baju kak Siti dan saya fikir dah lama tak berbelanja untuk diri saya.

Sebagai menghargai diri saya, penat bekerja dan sebagainya saya rasa oklah takpelah dah lama tak bagi hadiah.

Kalau tanya suami saya pun, suami saya setuju saya bukan kaki shopping dan saya rasa dia beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping tapi saya hargailah suami memang suka melihat isteri dia tampil cantik dan bergaya.

Video penuh:

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Respon Isu Jam RM1.1 Juta, N4fi Tahu Harga Sebenar – ‘Hadiah Daripada Suami & Saya Tak Pernah Tanya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*