“Orang Cakap Pandang Harta, Laki Tanggung… Sed1h H4ti…” – Seb4k Luahan Hati Mawar, Pen4t Kerja Tapi Dapat Tudvhan Bukan-Bukan

Pelakon, Mawar Rashid bersyukur dapat memiliki rumah idaman seawal usia 26 tahun berkat dari kerja kerasnya bersama suami, Raf Yaakob.

Mawar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang selama ini memberikan semangat dan sokongan kepadanya.

“Tak sangka umur 26 tahun dapat beli banglo. Alhamdulillah, Mawar bersyukur dapat beli rumah pertama atas nama Mawar sendiri.

“Terima kasih suami sama-sama kerja keras, sama-sama tontong untuk dapatkan rumah idaman kita! Kita berjaya daddy.

“Fasa 1, nak beli rumah, selesai. Fasa 2, nak kerja keras kumpul duit untuk ubah suai rumah dan bayar bulan-bulan pulak! Ngehee.

“Untuk ibu saya, terima kasih sebab sentiasa push adik untuk jadi berjaya sampai dapat beli rumah dan ada simpanan sendiri. Mamy sentiasa pesan, “adik kena berjaya, untuk adik dapat bantu orang lain.”

“InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik okay. Terima kasih untuk mak mentua yang tak henti-henti doakan untuk MawaRaf. Terima kasih juga untuk keluarga atas sokongan yang tak berbelah bahagi. Syukur Alhamdulillah,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Bagaimanapun Mawar tidak menafikan hatinya tergvris disebabkan d4kwaan tidak berasas netizen yang mengatakan aktres ini seorang yang memandang harta.

Mawar menjelaskan, sejak kecil dia didik keluarga untuk berdikari dan bekerja sekiranya mahu mendapatkan sesuatu.

“Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni mat3rial1stik. Mawar ni pandang harta, hidup Mawar ni semua laki tanggung. Sed1h h4ti Mawar. Per1t tau. Per1t sangat sebab selama ini Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan.

“Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga Mawar, dorang tahu lah macam mana Mawar sibuk kerja dari muda-muda.

“Mawar dari kecil memang diajar untuk berdikari. Dari umur 15 tahun lagi Mawar memang tak minta duit dari mamy untuk pergi sekolah. Mawar cari duit sendri dari sekolah, ke kolej sampailah sekarang dah kahwin dan ada anak dua pun.

“Kalau nak cerita fasal sejarah keluarga Mawar memang panjang. InsyaAllah lain kali Mawar cerita ya. Mungkin dari situ korang akan faham kenapa Mawar keja keras untuk keluarga, mak dan adik-beradik Mawar.

“Syukur dari sekolah lagi Mawar dapat tolong mamy dari segi kewangan sampailah sekarang bagi duit bulanan,” jelasnya.

Sebelum ini, Mawar berkongsi berita gembira dapat memiliki rumah idaman pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Lebih manis lagi, suaminya yang juga merupakan adik kepada bintang GegarVaganza 8, Fazley Yaakob, Raf telah membuat kejvtan pada Mawar.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lapan bulan.

Raf juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rayyan, 10, dan Raysaa, 5 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Orang Cakap Pandang Harta, Laki Tanggung… Sed1h H4ti…” – Seb4k Luahan Hati Mawar, Pen4t Kerja Tapi Dapat Tudvhan Bukan-Bukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*