Naik wheelchair guna eskalator, pemuda ini ded4h pernah ‘ajar’ orang awam common sense – “Saya ambil papan tanda OKU letak depan lif”

VIDEO seorang pemuda berkerusi roda yang menggunakan eskalator di sebuah pusat beli-belah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata menyifatkan tindakannya bukan sahaja mengundang ris1ko, malah membah4yakan pengunjung lain yang turut menggunakan kemudahan itu.

Antara lain mereka mencadangkan kepadanya supaya menggunakan kemudahan lif yang disediakan, bukannya eskalator.

Firdaus merupakan bekas atlet para.

Bercakap kepada mStar, bekas atlet tenis para negara, Muhamad Firdaus Ibrahim memberitahu, tindakannya menggunakan eskalator itu bersebab dan bukannya untuk tujuan suka-suka.

Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, dia pada mulanya menggunakan lif sewaktu berkunjung ke pusat beli-belah di Kuala Terengganu, Terengganu bersama isterinya baru-baru ini.

“Saya guna je lif kat mall tu. Tapi bila nak ke parking, terp4ksa menunggu lama. Jadi saya spontan guna eskalator untuk naik ke tingkat atas.

“Sebenarnya tak guna banyak tenaga pakai kerusi roda naik eskalator. Boleh nampak dari video saya cuma pegang biasa, ia lebih kepada teknik dan skil,” katanya ketika dihubungi.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Firdaus berkerusi roda selepas terbabit dalam satu n4has motosikal kira-kira sedekad lalu.

Pemuda yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini bagaimanapun berkata dia hanya menggunakan laluan eskalator dalam keadaan bersesuaian.

“Biasanya ada security di premis, atau ada pelekat yang memberi am4ran mengenai lar4ngan menggunakan kereta sorong bayi atau kerusi roda, jadi memang tak ikut situ… atau saya guna eskalator bila keadaan yang tak ramai orang untuk keselesaan,” ujarnya

kerusi roda eskalator 2

Firdaus (kiri) dan isteri.

Firdaus yang merupakan pemenang pingat gangsa dalam Sukan SEA 2017 turut berkongsi pengalaman apabila terp4ksa menggunakan eskalator disebabkan kapasiti lif telah penuh.

“Berdasarkan pengalaman, bila pintu lif terbuka tapi tiada seorang pun yang berada di dalam nak keluar untuk beri laluan kepada kita untuk masuk.

Bukan saya nak tunjuk saya ni hebat. Ia sebenarnya sebagai alternatif bukan sahaja sekiranya ada kecem4san, tapi juga apabila lif ros4k

MUHAMAD FIRDAUS IBRAHIM

“Ada lif di sebuah shopping mall, bagus dirikan papan tanda di lif supaya beri laluan kepada OKU (orang kelainan upaya), ibu mengandung, warga emas dan bawa anak kecil.

“Tapi ada yang masih tak faham. Pernah sekali tu, masih tiada siapa yang keluar dari lif. Saya kemudian ambil papan tanda tu dan letak depan lif, barulah ada yang serba salah,” ujarnya.

kerusi roda eskalator 4

Firdaus merupakan penjawat awam.

Sehubungan itu, dia yang merupakan penjawat awam berkata, perkongsiannya juga mahu memberi kesedaran kepada masyarakat supaya bersikap bertolak ansur dan bertimbang rasa.

“Ini terutama dalam keadaan p4ndem1k di mana lif mempunyai prosedur operasi standard (SOP), ada kapasiti dan tak boleh bersesak.

“Jadi jika ada yang sudi beri ruang untuk golongan macam kami masuk lif, kena la ada yang keluar dulu untuk beri laluan,” katanya yang masih bersedia untuk menyertai mana-mana acara sukan pada masa akan datang.

kerusi roda eskalator 5

Pernah memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA 2017.

Mengenai penggunaan eskalator, Firdaus menegaskan bahawa ia juga dilakukan oleh golongan berkerusi roda sebagai alternatif.

“Bukan saya nak tunjuk saya ni hebat. Ia sebenarnya sebagai alternatif bukan sahaja sekiranya ada kecem4san, tapi juga apabila lif ros4k.

“Bagi saya, ia ber1siko sekiranya yang berkerusi roda tidak mahir menggunakannya. Jangan cuba kalau tak berani, bimbang ada risiko lain,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Naik wheelchair guna eskalator, pemuda ini ded4h pernah ‘ajar’ orang awam common sense – “Saya ambil papan tanda OKU letak depan lif”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*