Nak makan cara suku suku separuh, pengantin baru ini temui penyelesaian walau kena bangun seawal 5 pagi… berkat ilmu mak, susut lebih 10kg

USAHA seorang wanita yang sanggup bangun seawal 5 pagi setiap hari demi menyediakan bekal makanan yang sihat buat dirinya di tempat kerja membuahkan hasil apabila dia hilang lebih 10 kilogram.

Rajin berkongsi video-video bekal yang dibawanya setiap hari di laman TikToknya, Norain Shazwani Mohd Pauzi, 25 berkata, dia mula membawa bekal sejak dua tahun lalu.

Antara bekal yang disediakan Ain.

Shazwani yang mesra di panggil Ain berkata, dia membuat keputusan untuk membawa bekalnya sendiri bagi mengawal portion makanan yang diambilnya.

“Semuanya bermula masa saya bertek4d nak diet jadi saya buat research berkenaan dengan diet suku suku separuh dan calorie deficit, dari situ saya rasa dengan bawa bekal saya boleh kawal portion makanan saya.

“Saya mula buat bekal sejak dua tahun lepas masa saya lapor diri di tempat kerja baru sebab saya tak perlu keluar beli makanan dan pada masa sama saya boleh berjimat,” katanya yang bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkat kesabaran dan kerajinannya menyediakan bekal, dia berjaya mengurangkan berat badannya sehingga lebih 10 kilogram.

“Saya start diet masa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0, Alhamdulillah dapat hilang lebih dari 10 kilogram hasil bawa bekal.

“Masa tu berat saya 80 kilogram kemudian turun kepada 69 kilogram, tapi sekarang biasa la dah kahwin naik dah semula,” katanya.

Ain hilang lebih 10 kilogram.

Bekas guru tadika ini berkata, dia mengambil masa sekitar sejam, iaitu bermula seawal 5 pagi untuk menyediakan bekalnya.

“Saya selalu mengantuk awal, dalam pvkul10 malam saya dah tidur jadi saya dah terbiasa akan bangun pvkul5 pagi untuk siapkan bekal.

“Jarak tempat kerja dengan rumah ambil masa sejam untuk sampai, jadi pvkul5 bangun siapkan bekal dalam sejam kemudian saya solat Subuh dan bersiap untuk gerak ke tempat kerja di Kuala Nerang,” katanya yang menetap di Tunjang, Kedah.

Jelasnya, dia akan menyediakan makanan yang mudah dan cepat untuk dihasilkan seperti nasi dengan lauk, sayur dan ulam, sandwich, chicken wrap, mee labu, spaghetti dan overnight oat.

Tambahnya, dia akan menyeimbangkan makanan yang dibawa dengan pelbagai buah-buahan.

Ain akan menyeimbangkan bekalnya dengan buah-buahan.

Ain yang sememangnya gemar memasak sejak kecil berkata, kesemua menu yang dibawa adalah rekaannya sendiri berdasarkan bahan apa yang ada di rumah.

“Mak saya ajar saya memasak sejak umur 10 tahun, Alhamdulillah ilmu mak banyak berguna untuk saya,” katanya.

Bukan hanya menyediakan bekal, Ain turut meluangkan masa untuk menghias bekal makanannya.

“Saya seorang yang sukakan kecantikan dan baru la kita semangat nak diet dan makan.

“Kalau pergi Mr Diy atau Eco, selain Shopee, saya akan pergi bahagian bekas makanan untuk cari yang cantik-cantik dan comel, dari situ saya dapat inspirasi menu apa saya nak bawa dan baru la datang idea nak hias cantik-cantik.

“Bila orang lain suka lagi kita semangat nk buat hari-hari,” katanya yang turut berkongsi menu bekalnya di akaun Instagramnya @shaznaksihat.

FotoJet (32)

Ain turut menyediakan bekal buat suaminya.

Ain yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bulan lepas berkata, selain dirinya, bekal yang disediakan turun dikongsikan dengan rakan-rakan serta ahli keluarganya.

“Memandangkan adik-adik saya tak sekolah, saya akan buat bekal untuk saya sahaja tapi saya akan buat lebih untuk family sarapan dirumah.

“Memang dari dulu saya niat nak siapkan bekal untuk suami Alhamdulillah tercapai, walaupun PJJ, bila dia balik atau saya balik rumah mentua, saya akan siapkan bekal untuk dia.

“Selain tu kawan-kawan di office pun suka tengok bekal saya dan mereka selalu tanya pasal menu yang saya buat, jadi saya share la apa yang saya bawa,” katanya, menambah suaminya bekerja di syarikat Honda, di Ipoh, Perak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Nak makan cara suku suku separuh, pengantin baru ini temui penyelesaian walau kena bangun seawal 5 pagi… berkat ilmu mak, susut lebih 10kg"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*