Isteri enjoy masak, suami bagi support kongsi video di IG… tak sangka ramai suka tengok – “Dah 8 tahun kerja dalam bidang ‘oil and gas’ untuk keluarga”

SIAPA sahaja yang tak terliur dengan masakan kampung?

Bayangkan jika menu makanan tengah hari lengkap dengan gulai, ikan goreng panas, ulam-ulaman dan sambal belacan, boleh bertambah nasi sehingga berpinggan-pinggan jadinya.

Melihat perkongsian video wanita ini di Instagram Reels yang menyajikan menu masakan kampung, serta merta teringat air tangan ibu tercinta!

‘Pejabat’ Ita bertemakan warna pink (kiri), dan sebahagian video memasak yang dimuat naik di Instagram.

Berkongsi cerita dengan mStar, Norita Amber Han berkata perkongsian video tersebut dilakukan secara suka-suka kerana hobinya adalah memasak.

“Memandangkan saya seorang suri rumah sepenuh masa, memang hari-hari masak. Tambahan pula suami akan balik setiap kali tiba waktu lunch untuk makan di rumah. Dah alang-alang memasak selalu, saya fikir mengapa tidak kalau cuba share video.

“Resepi yang selalu saya buat sememangnya yang senang-senang je. Tekak kami berdua tekak Melayu, kami sama-sama dari Johor. Nak merekod video pun bukanlan sesuatu yang renyah bagi saya,” kata wanita berusia 33 tahun yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur ini.

Senang disapa sebagai Ita, wanita ini berkata minatnya itu turut disokong oleh suaminya.

“Kadang suami tanya ‘hari ini tak buat video masak ke?’. Suami saya ni tak cerewet. Apa saja yang saya masak, berpinggan juga dia makan. Selalu tak plan sangat nak masak apa.

“Saya masak ikut bahan-bahan yang ada. Apa yang suami beli di pasar, itulah yang saya akan sajikan untuk keluarga. Tapi menu asam pedas boleh kata dua kali seminggu buat.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dah sinonim asam pedas dengan negeri Johor. Tak kisahlah asam pedas ikan, daging atau ayam… wajib masak sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Anak kami pula lebih suka masak lemak, tapi bukan masak lemak cili api.

“Jadi selalunya kalau masak yang pedas, saya akan asingkan lauk untuk anak sebab dia tak boleh makan pedas,” ceritanya sambil menambah, anak tunggalnya yang berusia tujuh tahun merupakan seorang kanak-kanak istimewa.

Bercerita mengenai kepakarannya memasak, Ita berkata dia mulai masuk ke dapur seawal usia sembilan tahun.

masak baru 2

Menu sarapan kampung iaitu lempeng cicah sambal ikan bilis.

“Saya belajar memasak daripada mak. Umur sembilan tahun dah menyi4ng ikan. Kami bukan dari keluarga yang senang. Umur 12 tahun dah belajar masak lauk pauk.

“Sebelum kahwin, saya masak untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja. Kini bila dah jadi kahwin, saya memasak untuk keluarga pula. Kiranya dah lapan tahun saya bekerja dalam bidang ‘oil and gas’ untuk keluarga kecil kami.

“Saya memilih untuk menjadi suri rumah kerana nak beri tumpuan yang penuh kepada anak tunggal kami. Anak kami didiagnos dengan aut1sme dan celebr4l p4lsy. Saya bimb4ng sangat nak hantar pengasuh. Biarlah dia membesar depan mata sendiri.

Dah sinonim asam pedas dengan negeri Johor. Tak kisahlah asam pedas ikan, daging atau ayam… wajib masak sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

NORITA AMBER HAN

“Rutin harian saya, waktu pagi pantau PdPR anak yang belajar di Pusat Dalam Komuniti (PDK), kemudian baru masak,” ujarnya yang mengakui gemar menonton program masakan Ketuk-ketuk Ramadan Sheila Rusly satu ketika dahulu.

Menurut Ita, dia sama sekali tidak menyangka videonya meraih perhatian netizen meskipun hanyalah dibuat secara suka-suka.

masak baru 3

Selain asam pedas, masak lemak dan kari, Ita turut berkongsi masakan seperti sup.

“Saya segan juga sebenarnya… resepi saya biasa-biasa saja. Tapi seronok bila baca komen ada yang cadangkan buat saluran YouTube. Tapi saya kurang gemar sebab ambil masa pula nak sunting dan sebagainya. Kalau share di Instagram lebih mudah.

“Ada ramai yang komen menu kampung masakan saya nampak sedap dan minta kerapkan share video masakan. Alhamdulillah. Harapan saya, mudah-mudahan perkongsian video tersebut secara tak langung dapat bagi idea masakan kepada para isteri lain,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Isteri enjoy masak, suami bagi support kongsi video di IG… tak sangka ramai suka tengok – “Dah 8 tahun kerja dalam bidang ‘oil and gas’ untuk keluarga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*