“Akak jawab mata adik dekat syurga, Allah simpan” – Ibu tunggal sanggup buat apa saja demi anak hid4p k4ns3r… tabah walau cuti dah habis, gaji kena pot0ng

MENGGALAS tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal bukanlah tugas yang mudah apatah lagi jika ada anak yang mengh1dap peny4k1t krit1kal serta memerlukan penjagaan khusus.

Namun Normalina Mokhtar, 39, sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya, Nurul Azalieya Mohd Fazli yang disahkan meng1dap b4rah m4ta atau retinobl4stoma mendapat penjagaan terbaik.

Aza disahkan mengh1dap b4rah m4ta ketika usianya satu tahun 11 bulan.

Bertugas sebagai seorang Pembantu Per4watan Kesihatan di h0spital Jempol, Negeri Sembilan, Normalina kini terp4ksa mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga anak bongsunya yang berusia tiga tahun itu.

Berkongsi kisahnya dengan mStar Normalina berkata, anaknya disahkan mengh1dap b4rah pada mata sebelah kanan ketika dia berusia satu tahun 11 bulan.

“Perasaan saya sebagai seorang ibu masa tu mestilah sangat sed1h.

“Rasa macam dunia ni gelap, str3s… hanya Allah yang tahu,” katanya yang mempunyai dua orang lagi anak yang berusia 12 dan lapan tahun.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Katanya, dia mula sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan mata anaknya itu apabila dia terlihat warna pelik dalam mata hitamnya setiap kali terkena lampu.

“Barah mata untuk budak ni sus4h nak tahu dari awal sebab budak-budak tak pandai beritahu yang dia s4kit, tau-tau dah tervk sampai kena buang m4ta.

“Anak akak ni akak mula perasan mata dia mula-mula jul1ng lepas tu ada warna pelik dalam mata hitam bila terkena cahaya lampu,” katanya.

Cahaya di mata hitam Aza yang hanya kelihatan apabila terkena cahaya lampu.

Menurut Normalina, Azalieya yang mesra dipanggil Aza kini perlu menjalani r4watan kimoterapi di h0spital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur selepas dia menjalani pemb3dah4n membuang mata kanannya pada 1 Oktober lalu.

“Sebagai ibu tunggal, akak terp4ksa mengalas dua tanggungjawab iaitu sebagai frontliner dan sebagai seorang ibu.

“Akak duduk di Negeri Sembilan jadi agak jauh terp4ksa berulang tiga minggu sekali ke HTA sebab dekat sana sahaja yang ada kepakaran untuk kanak-kanak seperti Aza memandangkan dia masih kecil.

“Akak akan memandu sendiri ke HTA, akak terp4ksa ambil cuti yang lama untuk jaga anak sampai bila habis cuti, gaji kena potong,” katanya sambil menambah anaknya juga perlu melakukan pemeriksaan di klinik mata setiap tiga bulan, juga di HTA.

Normalina terpaksa mengambil cuti untuk menjaga Aza.

Menurut Normalina, dia kini terp4ksa mengambil cuti separuh gaji bagi menjaga Aza yang perlu menjalani sembilan sesi kim0terapi yang dijangka mengambil masa selama enam bulan.

“Sekarang akak ambil cuti separuh gaji sebab anak baru lepas kim0terapi 2 November hari tu, dia tidur malam akan terjaga, mer4gam jadi akak kena ada di sisi Aza.

“Dia kadang men4ngis sebab ada uls3r dalam mulut, makan minum tak nak sebab s4kit.

“Dia baru sekali je buat kim0terapi ada lagi lapan nak tempuh, Allah, rasa tak sanggup tengok anak dalam kes4kitan,” katanya.

Aza pernah bertanyakan tentang mata kanannya yang sudah tiada.

Menurut Normalina, anaknya itu pernah bertanyakan mengenai keberadaan mata kanannya yang terp4ksa dikeluarkan ak1bat b4rah yang sudah pun mereb4k.

“Doktor kata tak boleh selamatkan mata dia sebab bar4hnya agr3sif, cepat sangat mereb4k, memang macam-macam kaedah dah buat tapi tak berjaya jadi kena keluarkan mata Aza untuk selamatkan nyawa dia.

“Bila dia tanya pasal mata dia mana, akak jawab mata adik Aza dekat syurga, Allah simpan,” jawabnya.

Aza selepas menjalani pembedahan membuang mata kanannya.

Aza kini terp4ksa menggunakan mata palsu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Normalina dan adik Aza bolehlah menghubungi Normalina di talian 017-697 9862.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Akak jawab mata adik dekat syurga, Allah simpan” – Ibu tunggal sanggup buat apa saja demi anak hid4p k4ns3r… tabah walau cuti dah habis, gaji kena pot0ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*