“Selama ni kaut kuah pakai jari je” – [Vide0] Ramai Tak Tahu Sebenarnya ‘Tupperware’ Ni Boleh Lipat!

Rasanya pasti ramai antara kita yang pernah menggunakan bekas makanan plastik yang mempunyai dua ruang berlainan saiz.  Biasanya ruang yang lebih besar akan diletakkan nasi dan ruang yang lebih kecil akan diisi dengan lauk dan kuah.

Min yakin mesti selama ini ramai yang struggle untuk mengaut kuah di ruang yang kecil itu untuk diletak atas nasi. Lebih parah jika tak ada sudu dalam situasi tu, lagilah susah untuk kita kaut kuah gunakan jari.

Tapi tahu tak sebenarnya korang tak perlu nak bersusah payah pun?

Melalui perkongsian di Tiktok oleh pengguna @jhleyna, wanita ini berkongsikan satu ‘life hack’ yang bakal memudahkan ramai orang di masa depan. Dalam video berdurasi 15 saat itu, wanita yang bekerja sebagai seorang cikgu itu bertindak melipat ‘tuppaware’ yang sering digunakan orang ramai.

Menariknya, bekas makanan itu langsung tidak patah dan kuah serta lauk pada ruang yang lebih kecil itu terus dituang ke atas nasi dengan mudah. Tak p4yah sus4h-sus4h nak cari sudu dah lepas ni.

Video:

@jhieyna

Reply to @tumpanglalu2021 siapa lagi begini? 🙋🏻‍♀️ kita geng 🤜🏻🤛🏻😂

♬ #FoodDance – Jaydenhawkeycomauwwwkissuk

Perkongsian itu meraih lebih 2 juta tontonan dan melebihi 200 ribu jumlah like di laman Tiktok. Di ruangan komen, boleh dikatakan majoriti pengguna baru tahu berkenaan trick ini dan tak sabar untuk mencubanya.

Ada juga yang ingin mencuba, namun risau jika ‘tuppaware’ yang digunakan rosak dan bakal dimarahi ibu masing-masing. Biasalah, mak-mak dan tuppaware kan berpisah tiada.

Menarik, kan? Harap perkongsian dari cikgu ini bermanfaat untuk korang juga.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Selama ni kaut kuah pakai jari je” – [Vide0] Ramai Tak Tahu Sebenarnya ‘Tupperware’ Ni Boleh Lipat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*