“Dance paling legend ni!” – Penghantar Kurier ‘Shuffle’ Tak Ingat Dunia, Jadi Hiburan Di Tempat Kerja

Bila kita dah bosan di tempat kerja dan tak tahu nak buat apa untuk hiburkan diri, mesti akan ada saja rakan sekerja yang ajak untuk buat sesuatu yang di luar jangkaan.

Kadang-kadang, aktiviti yang diajak untuk lakukan bersama itu boleh menaikkan kembali semangat untuk bekerja malah boleh menceriakan rakan kerja yang lain juga. Macam Min, suka main game dengan officemate. Hihi..

Ada satu cerita yang mencuit hati dikongsikan di TikTok menerusi akaun @muehlatlat, yang mana dia merakam kawan-kawan sekerjanya melakukan satu aktiviti rare untuk menghilangkan rasa bosan ketika berada di tempat kerja.

Dilihatkan abang-abang kurier yang sedang seronok menarik di dalam video tersebut. Tapi, tarian mereka sebenarnya yang lebih mencvri tumpuan. Mana taknya, pekerja-pekerja kurier itu siap menari shuffle lagi tau!

Video:

@muehlatlat

Di suatu petang yg kekuningan. #gdexpls #gdexmalaysia #kuriertiadabeza #pejuangparcel #naikelok

♬ original sound – muehlatlat – muehlatlat

Disebabkan itu ramai juga yang memberi komen dengan mengatakan yang mereka rindu untuk melihat persembahan tarian itu. Bukan itu sahaja mereka turut kagum melihat tarian penghantar kurier yang dikatakan mengikut rentak dengan lagu yang dimainkan.

Untuk yang tidak mengetahui apa itu tarian shuffle, ia merupakan sejenis tarian yang memerlukan penari untuk menggelosorkan kaki di lantai dengan cepat dan tarian ini telahpun mencipta fenomena suatu ketika dahulu.

Min dari dulu cuba juga nak shuffle, tapi tak jadi-jadi… Mungkin sebab salah pakai kasut kot, hmmm…

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Dance paling legend ni!” – Penghantar Kurier ‘Shuffle’ Tak Ingat Dunia, Jadi Hiburan Di Tempat Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*