“Lama tak ride tu bang” – [Vide0] Pemuda Isi Minyak Pakai Diesel, Member Sepakat Terbalikkan Motor

Sejak kebelakangan ini, pasti ramai penggemar motosikal sudah kembali berkonvoi secara berkumpulan di lebuh raya. Biasanya golongan yang menggemari aktiviti ride ini akan menaiki motosikal masing-masing untuk pergi ke satu destinasi pelancongan.

Melalui perkongsian di laman Tiktok dari akaun @nako.detailing, sekumpulan pemuda dilihat sedang mengangkat sebuah motosikal dalam keadaan mengiring dan menuang minyak pada motor tersebut di jalan raya. Aik, dah kenapa pulak?

Rupa-rupanya, pemilik motosikal tersebut dikatakan tersalah isi minyak jenis diesel pada motornya. Alamak, lama sangat tak keluar ride tu, bang.

Oleh itu, rakan-rakan pemuda itu berpakat untuk mengangkat motor tersebut beramai-ramai dari setiap sudut untuk membuang semula minyak diesel yang disalah isi tadi. Hal ini kerana minyak diesel tidak sesuai untuk digunakan untuk kenderaan ringan termasuk kereta dan motosikal.

Video:

@nako.detailing

Balas kepada @traitor153 tk fyp pon Xpa 😌#HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp ckup ⛔️3k 😆like nak bagi kt kwn kita ni free coating lampu #nakodetailing

♬ bunyi asal – Fikri Wahab – Fikri Wahab

Motor yang diisi dengan minyak diesel secara tidak sengaja berkemungkinan besar tidak dapat dihidupkan. Ini kerana diesel memerlukan mampatan yang tinggi untuk menyala. Jika motor tersebut terus dicuba untuk dihidupkan, ia mungkin akan mengakibatkan kerosakan.

Video tersebut tular di Tiktok dengan jumlah melebihi 500 ribu tontonan dan lebih 30 ribu like. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki itu. Namun, ada juga netizen tak puas h4ti dengan tindakan mereka membuang minyak diesel itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Lama tak ride tu bang” – [Vide0] Pemuda Isi Minyak Pakai Diesel, Member Sepakat Terbalikkan Motor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*