Atta Halilintar Susp3k Bayi Dalam Kandungan Isteri Suka Minta Makan Jajan

Umum sedia maklum, pasangan selebriti popular Indonesia Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Sedang h4mil lima bulan, Aurel dijaga rapi oleh Atta.

Malah, dalam wawancara terbaharu di Youtube Star Story, mereka kini masih rancak membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata mereka.

“Sampai sekarang masih dalam persiapan, lagi empat bulan bakal bersalin. Jadi persiapan lebih pada menjaga kesihatan saja. Berdoa yang terbaiklah,” kata Atta.

Bagaimanapun, kongsi Atta, Aurel kini kerap meminta makanan ringan berbentuk jajan dengan mengatakan permintaan itu dari bayi mereka.

“Sudah nendang-nendang, kadang-kadang juga minta jajan. Tak tahu ya itu anaknya atau ibunya yang mahu sebenarnya,” ujarnya berseloroh.

Demi cinta dan kasih sayang buat si isteri, Atta menuruti sahaja kehendak Aurel. Lebih terh4ru apabila dapat merasakan pergerakan bayi yang dikandung isterinya.

Aurel, 23, dan Atta, 27, yang diijabkabul di Hotel Raffles Jakarta pada 3 April lalu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Ogos lalu selepas tiga bulan berahsia.

Sebelum ini, Aurel mengalami kegvguran pada Mei lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Atta Halilintar Susp3k Bayi Dalam Kandungan Isteri Suka Minta Makan Jajan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*