10 tahun kesunyian, wanita lega anak kesayangan arw4h suami beri ‘green light’ kahwin lagi… segalanya bermula dengan pokok Aloe Vera!

JIKA dahulu si ibu menemaninya di atas pelamin, kini giliran si anak pula melakukan perkara yang sama pada hari bahagia insan kesayangannya.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, wanita berkenaan malah menyolek dan menyiapkan ibunya mengenakan persalinan lengkap serba putih.

“Selamat pengantin baru mak, Bah sayang mak,” demikian kapsyen pada video penuh meruntun jiw4 yang sehingga kini meraih lebih 15,000 jumlah tontonan.

Ibu Noor Habibah selamat diijabkabulkan dengan seorang duda berusia 72 tahun selepas 10 tahun bersendirian.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noor Habibah Abdul Samad berkata video berkenaan dirakamkan ketika hari bahagia ibunya, Normah Hashim, 65, yang melangsungkan pernikahan kali kedua pada 10 September lalu.

Senang membahasakan dirinya sebagai Bah, wanita berusia 26 tahun ini berkata ibunya terbuka hati menerima kehadiran insan baharu sebagai suami selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal.

“Mak saya dah jadi ibu tunggal 10 tahun… arw4h abah men1ngg4l dvnia pada 2011 sebab s4kit j4ntung. Selepas ketiadaan arw4h abah, mak dan abang-abang meny4ra saya dan adik sampai kami berdua menamatkan pengajian di universiti.

“Sepanjang tempoh 10 tahun tu, ada la mak tanya pendapat saya kalau nak berkahwin lagi, dan saya okay je tak ada halangan asalkan mak happy.

“Mak meniaga sayur dekat pasar awam Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Kalau tak silap, awal tahun ini mak berkenalan dengan pakcik, mulanya sebab pakcik nak minta mak tolong jualkan pokok Aloe Vera… pakcik memang suka cucuk tanam.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mak cakap, mak suka dekat Pakcik Othman ni sebab berbudi bahasa, baik, ramah dan buat mak teringatkan arw4h abah,” cerita Noor Habibah mengenai kisah perkenalan ibunya dengan bapa tiri, Othman Taha yang berusia 72 tahun.

Menurut Noor Habibah, dia dan lapan adik beradiknya yang lain tidak mempunyai halangan selepas si ibu menyuarakan hasrat untuk bernikah buat kali kedua, malah sempat berkenalan dengan lelaki yang bakal menjadi bapa tiri mereka.

“Mula-mula kami tanya juga dengan mak, betul ke nak kahwin sebab mak Alhamdulillah serba cukup dan lengkap. Sebabnya kami sembilan beradik, hampir semua bagi duit dekat mak setiap bulan.

mak baru 1

(Kiri) Noor Habibah ditemani ibunya di atas pelamin, manakala (kanan) gilirannya pula menemani si ibu diijabkabulkan baru-baru ini.

“Ikutkan mak tak perlu berniaga, tapi mak yang nak berniaga sebab ada jumpa kawan-kawan. Tapi mak kata, ya anak-anak ada selalu tengok mak, tapi hati mak sunyi.

“Seminggu sebelum kahwin tu saya sempat jumpa Pakcik Othman. Memang nampak pakcik ni soft spoken, ramah.

“Sebelum itu saya, mak dan adik beradik pun ada jumpa anak-anak pakcik. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga, tak sabar nak tunggu raya, confirm penuh rumah,” kata Noor Habibah yang merupakan anak kelapan daripada sembilan adik beradik.

Wanita ini menambah, dia tidak dapat melupakan momen ketika detik-detik terakhir menghabiskan masa bersama-sama sebelum ibunya sah menjadi isteri semula.

Mak ingat saya tak bagi mak kahwin lagi, sebab saya paling rapat dengan arw4h abah.

NOOR HABIBAH ABDUL SAMAD

“Saya siap pakaikan mak inai pada malam sebelumnya. Masa pakaikan inai dekat jari mak tu, mak ada cakap ‘tak sangka anak kesayangan arw4h abah yang siapkan emaknya nak kahwin baru’.

“Mak ingat saya tak bagi mak kahwin lagi, sebab saya paling rapat dengan arw4h abah. Jadi mak tak sangka saya sanggup beli baju, beli barang-barang untuk siapkan mak kahwin dengan pakcik.

“Ada juga termen4ngis sebab ingat arw4h abah masa hantar mak nikah tapi saya istighfar, sedekahkan Al-Fatihah dan cakap dalam hati tak kisahlah mak kahwin dengan siapa pun, arw4h abah sentiasa ada dalam hati saya dan adik beradik yang lain.

“Baru call semalam, suara mak happy sangat baru balik dari masjid dengan pakcik,” ceritanya yang merupakan seorang perunding takaful.

Sekadar memuat naik video untuk diabadikan sebagai kenangan, Noor Habibah sama sekali tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular.

mak baru 2

Foto ketika majlis persandingan Noor Habibah.

Malah dia turut terharu apabila menerima komen positif yang mana rata-ratanya mendoakan perkahwinan baharu ibunya.

“Tapi ada salah satu komen yang minta doa bukakan pintu hati anaknya untuk izinkan emaknya berkahwin lagi. Sampai dah 20 tahun lamanya. Saya pun tak tahu cerita sebenarnya.

“Tapi bagi saya, kebahagiaan mak tu segala-galanya. Iya, kita sebagai anak pun boleh buat mak happy, tapi kita kena faham… mak kita nakkan sesuatu, contoh macam nak kahwin lagi, maksudnya ada kekosongan yang kita sebagai anak pun tak boleh nak isikan.

“Macam mana mak kita boleh terima kita bawa proposal untuk kahwin dulu, takkan kita terus reject proposal mak atau ayah kita nak kahwin lagi, kan?” akhirinya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "10 tahun kesunyian, wanita lega anak kesayangan arw4h suami beri ‘green light’ kahwin lagi… segalanya bermula dengan pokok Aloe Vera!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*