“Selamba je cakap Jawa” – Mat Salleh Buat Pemilik Warung Terpinga Cakap Macam Orang Tempatan

Zaman sekarang bila ramai boleh berbahasa lain dari bahasa ibunda sendiri memang akan buatkan orang lain kagum kerana jarang-jarang untuk nampak orang fasih berbicara dalam bahasa lain.

Tambah pula, kalau bahasa yang dituturkan adalah bahasa dari negara lain. Boleh juga dikatakan perkara itu sesuatu yang sangat rare kerana untuk mempelajari sesuatu bahasa memerlukan masa yang lama.

Di TikTok, viral tentang seorang lelaki dari Australia yang boleh berbicara dalam dialek Jawa dengan fasih. Dari cara dia bercakap, kedengaran betul-betul seperti orang tempatan! Video itu boleh ditonton dari akaun milik @mohdfaizalidris.

Pada awalnya, lelaki Mat Salleh itu hanya menggunakan Bahasa Inggeris untuk membuat pesanan. Pemilik warung itu juga berkomunikasi dalam bahasa yang sama kerana gaya lelaki itu seperti seorang pelancong yang melakukan vlog.

Video:

@mohdfaizalidris

Asalamualaikum…. jangan lupa like dan copy link ye…makasi….

♬ bunyi asal – Faizal – Faizal

Namun, sebaik saja dia ingin memulakan rakaman videonya, dia terus berbahasa Jawa dan situasi itu membuatkan orang-orang di warung tersebut terg4mam dan terkedu kerana lenggoknya kedengaran seperti dari Surabaya.

Ramai yang memberi pelbagai reaksi kerana ada juga katakan bahawa dirinya yang berketurunan Jawa tapi tidak boleh bertutur dalam bahasa Jawa. Bukan itu sahaja, turut ada yang memberitahu bahawa mereka sangat kagum mendengar cara lelaki itu bercakap.

Terbaiklah boleh bercakap dalam bahasa Jawa. Min pun sama juga, tak boleh bercakap dalam bahasa Jawa walaupun adalah sikit kacukan Jawa tu.. Huhu..

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Selamba je cakap Jawa” – Mat Salleh Buat Pemilik Warung Terpinga Cakap Macam Orang Tempatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*