“Saya belum lagi bersedia,” – Miera Liyana akui masih selesa r4hsiakan identiti anak sulung

 Pelakon Miera Liyana, 28, mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa buat diri sendiri sejak bergelar ibu pada 16 Mei lalu.

Miera berkata, keutamaan lebih diberikan kepada cahaya mata sulungnya yang kini berusia tujuh bulan. 

“Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap begini, sejak bergelar ibu tumpuan saya diberikan kepada anak. Hendak ambil masa untuk diri sendiri pun, saya rasa bers4lah kerana masa itu seharusnya buat bayi.

“Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu. 

“Buat masa ini, saya belum lagi bersedia untuk mended4hkan wajah dan j4ntina anak sulung kerana keputusan ini adalah permintaan daripada suami,” katanya kepada Harian Metro.

Miera atau nama sebenarnya, Miera Liyana Kasmi berkata, dia juga berehat daripada media sosial buat seketika bagi memberi tumpuan kepada bayinya itu.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rosland Othman, 47, selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 16 Mei lalu.

Berceritakan mengenai penjagaan anak, Miera berkata, dia bersyukur dikurniakan suami yang rajin membantu memandangkan sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu seperti tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia baharu balik dari kerja. Malah, dia tetap jaga anak serta mel4yan ker3nah saya.

“Selain suami, mak saya juga  banyak membantu dengan tanggungjawab saya sebagai ibu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya belum lagi bersedia,” – Miera Liyana akui masih selesa r4hsiakan identiti anak sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*