Belum pernah ada yang beli… tak sangka giftbox jualan wanita ini tiba-tiba menc4nak naik, semuanya selepas bersedekah kepada anak y4tim

SEDEKAH itu tidak akan mengurangkan harta seseorang, sebaliknya Allah menjanjikan balasan yang baik buat umatnya yang bersedekah dengan ikhlas.

Pengalaman itulah yang dilalui seorang pengguna media sosial baru-baru ini apabila dia mensedekahkan kotak hadiah yang dijualnya sepada seorang anak y4tim.

“Mak ayah tak ada dah men1ngg4l, saya s4kit teringlah nak giftbox tu sebab birthday saya 17/9 tak pernah dapat giveaway akak,” tulis Fatimah di ruangan komen Nadia Bahrain,25, yang pada ketika itu baru memulakan perniagaan giftboxnya secara dalam talian.

Nad baru mula menjual giftbox.

Simpati membaca mesej tersebut, Nadia yang lebih mesra dipanggil Nad terus membuat keputusan untuk menghantar kotak hadiah kepada remaja terebut.

“Assalammualaikum adik, nanti DM (direct message) akak claim giftbox ye. Alhamdullilah rezeki awak,” tulisnya dalam video yang sama.

Video dia menghadiahkan kotak hadiah kepada remaja tersebut tular baru-baru ini dan mendapat lebih 100,000 tontonan setakat ini.

Bercakap kepada mStar, Nad yang mengakui belum pernah berjaya menjual satupun giftbox sebelum kejadian tersebut berkata, dia tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga membuatkan rezekinya tidak putus-putus.

“Masa saya dapat mesej tu saya rasa kesian sebab fikir ada orang yang lagi sus4h dari kita, bayangkan dia tak pernah merasa dapat kejvtan.

“Umur dia kalau tak silap 14 tahun dia tinggal dengan neneknya yang sudah uzvr dekat Kampung Charok Gorok, Kedah sebab mak dengan ayah dia dah men1ngg4l dvnia.

“Masa tu saya masih baru di TikTok, time tu tak dapat satu order pun lagi, tapi Alhamdullilah lepas video tu tular rezeki datang mencurah-curah, tak berhenti orang WhatsApp order giftbox,” katanya yang menetap di Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Nad berkata, antara barangan yang diletakkan di dalam kotak hadiah yang sudah selamat sampai ke tangan Fatimah termasuklah cincin dan rantai leher emas Korea serta cokelat.

“Nad ingat lagi masa tu Fatimah berterima kasih sangat dekat Nad, ayat last tu dia cakap nak jadikan Nad ni kakak dia sebab dia tak ada adik beradik lain.

“Kalau tak silap adik dia pun men1ngg4l disebabkan kem4langan,” katanya.

FotoJet (26)

Antara barangan yang dimasukkan dalam kotak hadiah Fatimah.

Nad berkata, selain rezeki yang tidak putus-putus, dia yang juga seorang penjual pakaian bundle bayi berkata, dia turut menerima WhatsApp dari pelbagai individu yang memohon bantuan daripada dirinya.

“Lepas kejadian tu memang ramai juga WhatsApp nak giftbox free, siap ada yang minta bantuan pampers, svsu, bantuan duit, minta zakat pun ada.

“Nad jawab la, Nad bukan pusat zakat dan ada juga yang minta then Nad bagi, lepas tu dia minta lagi seakan mengambil kesempatan,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Belum pernah ada yang beli… tak sangka giftbox jualan wanita ini tiba-tiba menc4nak naik, semuanya selepas bersedekah kepada anak y4tim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*