Seronok sangat ke? Sejak kecil ketawanya buatkan jiran segera bertandang… siapa sangka guru tadika ini peserta program realiti tv

Tugas sebagai penghibur bukanlah satu perkara yang mudah, justeru tidak salah jika kita katakan wanita ini sememangnya dilahirkan sebagai seorang penghibur!

Ingin dikenali sebagai Kak Liz, video wanita ini ketawa pasti akan membuatkan sesiapa sahaja akan turut sama ketawa berdekah-dekah.

Kak Liz (tiga dari kanan) bersama keluarganya.

“Saya nak simpan bunyi (gelakkan) video ni, nak buat ringtone untuk kunci jam, senang bangun tidur bersemangat rasanya.

“Mesti pagi-pagi sis akan ceria,” komen seorang warganet.

Bercakap kepada mStar, Kak Liz yang juga seorang guru tadika berkata, sejak kecil lagi dia memang dikenali ramai disebabkan bunyi ketawanya.

Katanya, bunyi ketawanya yang cukup ceria itu turut menarik minat jirannya sehinggakan mereka berkunjung ke rumahnya.

“Memang dari kecil orang selalu tegur pasal bunyi akak gelak, sampaikan masa kecil bila akak ketawa jiran-jiran sanggup datang rumah.

“Dia orang kata “bunyi kamu gelak tu macam ada perkara yang seronok sangat sampai buatkan dia orang nak datang rumah walaupun sebenarnya tak ada apa pun,” katanya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Kak Liz, dia bagaimapun pada mulanya kehairanan melihat perhatian yang diberikan orang ramai terhadap bunyi ketawanya.

“Memang kalau pergi mana-mana orang akan bercerita pasal saya punya ketawa, saya macam, kenapa eh? Apa mas4lah? Sampai sekarang saya tak tahu kenapa ketawa saya jadi perhatian orang ramai.

“Bunyi ketawa ni keturunan kot, tak tahu la nak cakap, tapi memang kami semua adik beradik lima orang semua ketawa lebih kurang. Kami ikut mak, dia pun dulu orang selalu tegur cara dia ketawa.

“Alhamdullilah kami kalau berjumpa adik beradik memang macam ada stesen televisyen sendiri, kami menghiburkan antara satu sama lain, memang kalau buat hal tu pun akan buat hal sama-sama.

Katanya, apa yang dilihat di video-video yang dikongsikan itu semuanya adalah perwatakan dirinya yang sebenar.

Namun apa yang orang mungkin tidak sedar adalah dia juga sebenarnya seorang yang sangat sens1tif dan mudah men4ngis.

“Macam saya tak boleh tengok orang bersalaman, contohnya time ada event, saya akan seb4k.

“Baru-baru ni pun saya men4ngis sebab dah nak balik ke rumah, masa tu saya ada di kampung dekat Perak,” katanya yang menetap di Rawang, Selangor.

Kak Liz merupakan seorang guru tadika.

Sementara itu, berkongsi mengenai sebuah lagi video terbarunya yang tular beberapa hari lepas, Kak Liz berkata, dia merakam video tersebut untuk dikongsikan dengan ibu bapa pelajarnya.

Video yang mendapat hampir setengah juta tontonan itu memperlihatkan gelagat lucunya yang cuba untuk minum air dalam keadaan dirinya memakai face mask.

“Anak murid akak Raiqal tu dia ada speech delay, jadi akak dah minta izin dari ibu bapa dia untuk kongsikan video supaya ibu bapa diluar sana yang anak-anaknya senasib macam Raiqal ni tahu apa mereka boleh buat dan tak merasa sed1h dengan keadaan diri anak mereka.

“Jadi masa tu akak balik rumah nak edit haa ris4u (dengan perangai sendiri).

“Akak sebelum tu memang langsung tak perasan, memang dah banyak kali rasanya benda ni jadi, lud4h dalam face sheild pun pernah, tapi sebab tak terakam jadi kita tak sedar, tapi akak kongsi sebab saje je nak buat moment,” katanya yang sudah empat tahun mengajar.

FotoJet (21)

Tangkap layar video lawak Kak Liz sedang cuba untuk minum air tanpa membuka face sheild terlebih dahulu.

Kak Liz berkata, dia sebenarnya sangat meminati bidang seni, malah dia pernah mencuba nasib untuk bergelar penghibur dengan menyertai sebuah program realiti yang diberi nama “Miss Lawak” pada tahun 2019.

“Akak memang minat sangat sejak kecil nak jadi penghibur, akak suka buat orang ketawa, bagi mereka terhibur.

“Masa dalam program realiti show tu pun Datuk AC Mizal ada tegur pasal gelak akak, tapi masa tu akak hanya mara sampai ke separuh akhir.

“Tapi akak berpeluang untuk jadi talent dalam banyak drama selain menjadi pelakon tambahan,” katanya.

WhatsApp Image 2021-10-28 at 3.30.24 PM

Kak Liz (dalam bulatan) ketika menyertai Miss Lawak anjuran Astro.

Antara drama lakonannya termasuklah Mona Lisa terbitan Astro, Nur pertama dan Kau Langit Aku Laut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Seronok sangat ke? Sejak kecil ketawanya buatkan jiran segera bertandang… siapa sangka guru tadika ini peserta program realiti tv"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*