Kisah budak kelas belakang… guru muda imbas saat men4ngis depan mak ayah sebab bahasa Arab, berkali-kali pindah sekolah! – “Ikut kata mereka, ini hasilnya”

Gag4l sekali tak bermakna gag4l selamanya.

Begitulah yang menjadi pegangan jejaka ini dalam menempuhi alam persekolahan sehingga dia mencapai cita-cita yang diimpikannya.

Asyraf Hakimi Abdul Jalil, 22, pernah menjadi pelajar kelas belakang, malah dia juga cukup gervn akan subjek bahasa Arab sehingga beberapa kali terp4ksa berpindah sekolah.

Asyraf akan memulakan tugas baharu di Pulau Pinang pula minggu depan.

Akhirnya, dia bergelar sebagai guru pendidikan Islam di sebuah sekolah swasta di Kuantan, Pahang dan bakal memulakan tugas baharu di sebuah institut pengajian Islam di Pulau Pinang pada minggu hadapan.

“Saya bukan nak bvrukkan diri tapi saya tahu tahap kemampuan saya. Dulu banyak kali pindah sekolah kerana saya tak boleh nak carry bahasa Arab.

“Dari sekolah di Bera, kemudian pindah sekolah di Raub… kemudian pindah lagi. Dulu memang introvert, selalu dim4rahi cikgu. Pernah kena duduk atas lantai sebab tak hafal terma dalam bahasa Arab.

“Sebelum sambung diploma dalam bidang Syariah dan Undang-Undang pun saya pernah men4ngis depan ibu bapa. Saya men4ngis kerana t4kut bahasa Arab. Ibu bapa yang suruh ambil bidang ini.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mereka minta saya cuba. Tapi Alhamdulillah, sebab ikut kata mereka… inilah hasilnya. Dulu men4ngis tak mahu. Bahasa Arab saya pun dah OK sekarang,” ujarnya.

Mesra disapa Asyraf, anak kedua daripada lima beradik itu mengakui sudah lama minat untuk bergelar pendidik dan memulakan langkah dalam bidang itu ketika menuntut di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas).

Didikan yang kita bagi akan selamatkan kita dalam kvbur nanti. Apa yang kita bagi pada anak-anak kecil, maka itu akan jadi saham.

ASYRAF

“Ketika belajar di Kuipsas, saya buat part time mengajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di masjid. Kemudian selepas habis diploma, saya mengajar di pusat tuisyen pula. Ajar bahasa Melayu dan Inggeris.

“Selepas itu saya mengajar di sebuah sekolah rendah swasta di Kuantan. Hari ini (Rabu) merupakan hari terakhir mengajar di sini. InsyaAllah akan memulakan tugas di Pulau Pinang pula minggu depan.

“Pada masa sama, saya juga ada buat private tutor dan menjadi penceramah motivasi. Alhamdulillah, banyak jemputan walaupun p4ndem1k sedang mel4nda. Sekarang senang kerana boleh dibuat secara dalam talian,” ujarnya yang mengakui lebih selesa disapa cikgu berbanding panggilan ustaz.

Kata Asyraf, dia seronok bergelar pendidik kerana dapat menyampaikan ilmu kepada anak-anak kecil, sekaligus dapat mempersiapkan dirinya untuk bergelar bapa suatu hari nanti.

cikgu43

Asyraf akui dia pernah menjadi pelajar kelas belakang ketika zaman sekolah.

Malah kata Asyraf, ada kepuasan yang terbit pada jiwa setiap kali melihat gelak tawa anak muridnya setiap kali dia menjalankan tugas.

“Pertama, didikan yang kita bagi akan selamatkan kita dalam kvbur nanti. Apa yang kita bagi pada anak-anak kecil, maka itu akan jadi saham.

“Kedua sebab kita nampak gelak ketawa kanak-kanak dengan gelak tawa orang dewasa adalah benda berbeza. Gelak tawa kanak-kanak tidak p4lsu dan tidak memendam apa-apa.

“Kalau nak banding dengan orang dewasa, dalam gelak tawa kita, ada masalah dan benda yang perlu kita fikir. Jadi saya cari kepuasan dan keseronokan dalam kebahagiaan kanak-kanak.

“Dengan cara itu, ia turut mendidik saya untuk jadi manusia yang lebih penyayang, berperikemanusiaan dan mempersiapkan diri untuk jadi bapa suatu hati nanti,” ujarnya yang kini sedang menyambung pengajian ijazah secara jarak jauh dalam bidang Pengurusan Islam.

cikgu3

Asyraf seronok dapat bergelar sebagai guru yang juga cita-citanya sejak sekian lama.

Dalam pada itu, Asyraf turut menitipkan pesan kepada pelajar agar tidak berputus asa dan cuba mengenali potensi diri dalam mengejar cita-cita dan kejayaan.

Kata Asyraf, status sebagai pelajar kelas belakang tidak wajar dijadikan alasan kerana setiap individu ada potensi yang boleh dikembangkan.

“Yang kelas belakang, mungkin potensi akademik kurang. Tapi potensi dalam bidang lain lebih luas dan cerah. Jadi kita kena kenali diri.

“Kena tahu kelebihan dan keistimewaan kita. Pada masa sama, kena tahu juga had diri kita. Kalau dah tahu kelebihan diri, kita akan jumpa jalannya. Kalau dah kenali kelemahan diri, kita kena belajar dan perbaiki,” ujarnya lagi.

Komen netozen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Kisah budak kelas belakang… guru muda imbas saat men4ngis depan mak ayah sebab bahasa Arab, berkali-kali pindah sekolah! – “Ikut kata mereka, ini hasilnya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*