Ibu terkejvt anak baru 4 tahun ronda kampung bawa ‘motosikal’, nasib baik ramai kenal itu cucu tauke kedai buah – “Dia nak tengok kedai runcit dah buka ke belum”

“P4NTANG lepa, terus menghilang!”

Itulah reaksi seorang ibu apabila menyedari anaknya tiba-tiba hilang dari pandangannya.

Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan kanak-kanak itu membawa motosikal mainannya di atas jalan raya dengan bersahaja.

Faeq sangat gembira apabila datuknya menghadiahkan sebuah motosikal.

Bercakap kepada mStar, Wan Asnieza Wan Shahrudin, 29, berkata, video tersebut dikirimkan oleh sahabat bapanya, Wan Shaharudin Wan Ali,55, ketika sedang bekerja di gerainya di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis, Perlis.

Semasa video itu dirakam, kanak-kanak berkenaan, Mohammad Faeq Adli Mohammad Fuad, 4, dalam perjalanan pulang daripada kedai runcit yang terletak kira-kira 200 meter dari gerainya neneknya.

Video anaknya itu meraih hampir 150,000 tontonan di apikasi TikTok.

“Pada waktu itu saya tengah berniaga di kedai dan Faeq masuk dalam kampung tak jauh dari sini. Dia cuma nak pergi tengok kedai runcit dalam kampung tu dah buka atau belum.

“Mula-mula tengok video tu terkejvt juga la, tapi bila ulang balik tengok rasa kelakar. Ris4u juga sebab dia bawa motor tapi tak tengok depan.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dia memang selalu pergi ke kedai itu, tau tau je dah jalan balik dari kedai bawa barang. Orang kampung memang dah tau dia macam mana,” katanya yang sudah 11 tahun berniaga di gerai makan milik ibunya, Rokiah Abdullah, 53.

Lebih mesra disapa Nieza, katanya, bapanya telah menghadiahkan sebuah motosikal mainan untuk cucu tersayang pada awal Oktober lalu.

Tambahnya lagi, Faeq mempunyai hubungan yang rapat dengan atuk dan neneknya memandangkan mereka berdua banyak menjaganya semasa berniaga di gerai.

“Dia memang suka bermain di luar tetapi bukanlah di kawasan kampung seperti di dalam video tu.

“Faeq selalu bermain di dalam kedai, seorang diri dan kadang-kadang dengan saya atau tok dengan tok wan dia yang tolong tengokkan sambil berniaga.

IMG_2189

Faeq mempunyai hubungan yang rapat dengan datuk dan neneknya yang selalu menjaganya ketika si ibu berniaga di gerai makan mereka.

“Dia memang rapat dengan tok wan, selalu ajak pergi ke kedai. Motor tu tok wan la yang belikan awal bulan baru-baru ni, memang dia seronok sangat,” katanya yang menetap di Kuala Perlis, Perlis.

Menurut ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini, anaknya itu tergolong dalam golongan autistik dan hiperaktif.

Jelasnya lagi, anak sulungnya Muhammad Firas Afiq Mohammad Fuad, 9 juga sama seperti adiknya dan kini berada di dalam kelas khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis.

“Waktu itu Faeq masih tak tahu nak bertutur, sama seperti abang dia juga kerana anak-anak saya lambat bercakap. Bukan tak boleh bercakap disebabkan b1su atau pek4k.

Semoga ibu dan ayah di luar sana lebih hati-hati, nas1b baik tak jadi perkara yag tak diingini pada anak saya waktu dia bermain di kawasan jalan raya kampung.

WAN ASNIEZA WAN SHAHRUDIN

“Sebenarnya mereka faham je kalau kita bercakap, cuma tak dapat nak balas semula perbualan. Alhamdulillah saya dan keluarga semua boleh terima keadaannya, sebab anak sulung pun begitu juga.

“Bila ada anak macam ni memang kena banyak bersabar, budak-budak macam ni selalunya bijak. Cuma kita sebagai ibu bapa kena beri perhatian yang lebih kepada anak-anak,” ujarnya yang merupakan anak jati Perlis.

Anak kedua daripada empat beradik ini berharap agar ibu bapa sentiasa menjaga keselamtan anak-anak mereka terutama ketika bermain di luar rumah.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tiada kemalangan yang menimpa anaknya ketika bermain di jalan sekitar kampung mereka.

IMG_2035

Kedua-dua anak lelaki Nieza (gambar kanan) tergolong dalam kanak-kanak autistik dan hiperaktif.

“Semoga ibu dan ayah di luar sana lebih hati-hati, nasib baik tak jadi perkara yang tak diingini pada anak saya waktu dia bermain di jalan kampung,” katanya.

Komen negatif:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ibu terkejvt anak baru 4 tahun ronda kampung bawa ‘motosikal’, nasib baik ramai kenal itu cucu tauke kedai buah – “Dia nak tengok kedai runcit dah buka ke belum”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*