Asam garam 14 tahun hidup PJJ… wanita ini masih gigih sediakan bekal buat suami, pernah sendirian saat 3 anak masuk w4d serentak

NAK pikat hati suami mestilah dari perutnya dan dan sebab itulah seorang wanita memilih untuk menyediakan bekal makanan buat suaminya setiap kali dia pulang ke rumah.

Malah rutin Muliawati Samsudin,39 dan suami sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) ini sudah berlanjutan selama 14 tahun lamanya!

Bercakap kepada mStar, Muliawati yang mesra dipanggil Mulia berkata, pekerjaan suaminya iaitu sebagai konsultan air mem4ksa mereka terp4ksa hidup berasingan.

Katanya, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkuatkuasakan suaminya, Abdul Halim Jantan,39 akan pulang setiap minggu dan dia akan bekalkan pelbagai jenis lauk untuk suaminya bawa pulang.

“Dulu suami akak kerja jaga projek air di Johor tapi tetap PJJ sebab suami akak handle banyak projek jadi dia pergi ke banyak daerah di Johor, akak pula tinggal di Labis, sekarang suami akak menyewa bilik di Petaling Jaya.

“Sebelum PKP dulu tiap minggu balik, tapi bila PKP, dia balik dalam sebulan sekali je sebab akak bimbang suami balik selalu memandangkan dia dari zon merah, akak pula ada baby umur setahun lebih.

“Tapi bila dia balik tu akak akan masak macam-macam biar dia happy dan sentiasa teringkatkan makanan akak, lepas tu akak akan bekalkan dia macam sambal, kadang-kadang nasi briyani, nasi arab, suami akan makan makanan yang mudah b4si dulu,” katanya.

247122418_862613120987330_6962611311599818819_n

Muliawati bersama keluarganya.

Jelasnya, suaminya memang tidak gemar untuk makan diluar dan dia juga tidak pernah merasa malu untuk membawa bekal yang dibuatnya.

“Dia memang tak suka makanan luar sangat, kalau dekat rumah pun banyak masak dari makan luar, kalau hari special pun akak masak juga pelbagai menu untuk celebrate.

“Kalau akak bekalkan dia sambal, dekat sana hari-hari dia balik kerja dia akan masak telur untuk makan dengan sambal tu.

“Memang dari mula kahwin lagi suami akak minta bekalkan dia makanan, akak pernah tanya “tak m4lu ke?”, dia cakap “nak m4lu apanya bini yang masak”,” katanya.

FotoJet (20)

Antara makanan yang dibekalkan Muliawati kepada suaminya.

Jelasnya, suaminya bagaimanapun tidak pernah meminta dirinya untuk menyediakan bekal tersebut kerana sedar akan tanggungjawab Mulia yang terp4ksa membesarkan anak seorang diri.

“Suami selalu tanya “masak pagi ni untuk siapa?”, akak akan cakap “untuk anak-anak, tapi masak lebih”, sebab kalau untuk dia nanti dia cakap “tak payah la susahkan diri bangun pvkul3 pagi, kesi4n” katanya pada akak.

“”Dah la penat jaga anak seorang diri, tidur tak cukup”, tapi akak cakap “takpe”,” ceritanya.

Menurut Mulia, sama seperti PJJ yang lain, mereka juga tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai cab4ran.

“Pengalaman yang tak boleh akak lupa masa tu anak nombor dua krit1kal sebab ada peny4kit rad4ng h4ti, k3s yang jarang berlaku di Malaysia, masa tu tahun 2013 dia kes yang ke lima di Malaysia, pada masa sama anak sulung juga s4kit dan nombor tiga pun dem4m panas, semua tiga anak masuk wad duduk katil sebelah-sebelah.

“Masa tu memang sed1h sangat sebab tak ada sedara mara, mak ayah dan suami disisi untuk mengadu, doktor cakap anak kedua akak tak ada harapan hidup, 50:50 je, pagi maklum pada suami, tengah malam baru dia sampai. Memang masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Bayangkan perasaan akak masa tu sebab nak kena uruskan anak-anak yang s4kit serentak, nak kena beri perhatian yang sama rata, soal rehat dengan tidur memang tak ada, makan pun tak selera,” ceritanya.

Mulia berkata, kelima-lima anak-anaknya sentiasa menjadi kekuatannya disaat suaminya berjauhan.

“Akak kuat demi anak-anak je, kekuatan tu akan datang bila tengok anak-anak s3kit, nak pinjam bahu, bahu tak ada untuk sandar,” katanya, menambah, suaminya kini sedang mencari rumah yang lebih selesa untuk mereka sekeluarga tinggal di Selangor.

Kita kena percaya kepada pasangan dan selalu berdoa untuk mereka setiap kali solat, antaranya supaya tak curang, doakan kesihatan mereka, dimurahkan rezeki.

MULIAWATI SAMSUDIN

Selain itu, menurut Mulia, mereka sekeluarga turut diuji sekali lagi pada bulan September lepas apabila dia dan anak-anaknya disahkan positif C0vldl9.

“Satu family disahkan positif, mula anak sulung, baby dan akak kena, jadi kena hantar ke pusat ku4rant1n di Permai, Johor Bahru.

“Anak akak lagi tiga tinggal tiga beradik di rumah sementara tunggu sw4b test, bila doktor sahkan mereka positif jugak baru semua kena hantar dekat tempat akak.

“Tapi sebelum tu bayangkan anak akak yang berumur 15 tahun kena jaga adik-adik yang umur 11 dengan 7 tahun, suami memang aka l4rang balik takut dia pun kena, dia memang sedih sangat, hari-hari men4ngis sebab bimbangkan isteri dan anak-anak dekat Johor,” katanya.

Katanya, kepercayaan antara satu sama lain itu penting untuk memastikan hubungan suami isteri itu terus terjalin walaupun terp4ksa berjauhan.

“Kita kena percaya kepada pasangan dan selalu berdoa untuk mereka setiap kali solat, antaranya supaya tak curang, doakan kesihatan mereka, dimurahkan rezeki,” nasihatnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Asam garam 14 tahun hidup PJJ… wanita ini masih gigih sediakan bekal buat suami, pernah sendirian saat 3 anak masuk w4d serentak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*