[Vide0] Pengantin Fanatik Sangat Dengan Doraemon Sampai Jadikan Tema Kenduri

Sebut sahaja tentang kartun dari negara matahari terbit yang satu ini, pasti ramai yang mengenalinya. Apa lagi kalau bukan Doraemon!

Tidak dapat disangkal lagi, kartun Doraemon ini telah dikenali sejak kemunculan pertamanya pada tahun 1970. Sehingga kini, karakter kartun ini telah dikenali bukan sahaja di negara asalnya, tetapi di seluruh dunia!

Oleh hal yang demikian, pasangan pengantin dari negara jiran ini telah meminta wedding plannernya untuk menghias majlis kenduri kahwinnya dengan bertemakan Doraemon!

Menerusi video yang dikongsikan di media TikTok oleh perancang perkahwinan Putra Music Wedding Organizer dari Mesuji Lampung, Sumatera, Indonesia ini, dengan bertemakan warna biru dan putih, segala khemah kenduri termasuk pelamin juga telah dihiasi dengan kartun comel itu.

Bukan sahaja menggunakan warna bertemakan Doraemon, tetapi gambar kartun tersebut juga dijadikan sebagai latar belakang pelamin pasangan ini!

Video:

@vennymakeup1

♬ suara asli – valentinus.ng – valentinus.ng

@vennymakeup1

pecinta doremon 😍

♬ original sound – ミ✮Mᴀʀvιʟ✮彡 – ミ✮Mᴀʀvιʟ✮彡

@vennymakeup1

♬ suara asli – 🕺orang kampung🕺 – 🕺hanya.orang.biasa🕺

Pada awalnya memang nampak seperti agak kelakar, tetapi bila lama-lama tengok hiasan khemah dan pelamin pasangan pengantin ini sebenarnya cantik juga.

Tak sangka hiasan tema perkahwinan menggunakan karakter kartun Doraemon ini boleh terlihat cantik. Ia mungkin disebabkan oleh dekorasi yang dilakukan oleh pihak wedding planner ini tidak terlalu berat dan serabut. Walaupun gambar karakter tersebut agar besar dijadikan latar belakang pelamin tersebut, tetapi ia masih sedap mata memandang.

Selain daripada video sebelum siap, pemilik akaun tersebut juga ada berkongsi video semasa majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung di akaun Tiktoknya.

Lepasni Malaysians boleh try tema Ejen Ali pulak!   

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "[Vide0] Pengantin Fanatik Sangat Dengan Doraemon Sampai Jadikan Tema Kenduri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*