“Sayang kenapa compressor dengan rumah warna hijau?”- Gelagat lelaki r4bun warna… beli baju siap bawa contoh, yang pasti pink dil4rang!

VIDEO keg1gihan seorang pemuda yang mengalami mas4lah r4bun warna sedang berusaha menyusun semula pinggan mengikut rona menarik perhatian warga maya.

“G1gih nak susun ikut warna tapi lupa diri tu rabun warna,” tulis Husna Najihah Hasman, 27 yang memuat naik video tersebut di laman TikToknya.

Husna dan Suaminya Adli.

Video yang dikongsikannya pada akhir bulan September itu telah mendapat sehingga 1.5 juta tontonan.

Husna yang bekerja sebagai eksekutif perakaunan berkata, suaminya, Adli Nor Afifi, 27 yang mengh1dap r4bun warna sejak kecil sememangnya suka akan sushi dan setiap kali selepas makan dia akan menyusun pinggan mengikut warna.

“Setiap kali lepas makan sushi memang dia g1gih nak susun pinggan ikut warna walaupun kadang-kadang strvggle.

“Dia tahu dia r4bun warna sejak keci lagi, masa mak suruh petik cili merah, dia petik cili hijau, tapi memang family dah expect sebab abang dia dua orang yang r4bun warna sebab mak mentua saya carrier.

“Sebenarnya saya pun carrier sebab ayah saya pun color bl1nd cuma ayah saya sangat mild,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Jelasnya, suaminya masih kenal akan warna-warna yang ada namun dia menghadapi kesvkaran untuk membezakan antara satu warna dengan warna yang lain.

“Dia pernah tanya “Sayang kenapa diaorang cat compressor dengan rumah warna hijau” sedangkan chalet tu warna coklat ,” ceritanya.

Menurut Husna, dia sedar akan kondisi yang dialami suaminya itu sewaktu mereka sedang menuntut ilmu dalam bidang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana.

Di mata Adli bangunan di belakang Husna berwarna hijau.

Jelasnya, ak1bat keadaan dirinya itu, Adli sering memakai pakaian yang berwarna-warni.

“Kami satu kelas dulu, masa sesi suai kenal kami kena beritahu kekuatan dan kelemahan, jadi dia cakap kelemahan dia adalah dia r4bun warna.

“Kalau masa sebelum kahwin memang kadang warna warni bajunya tapi lepas kawin memang saya yang filter warna-warna baju yg dia beli jadi tak ada yang warna aneh sangat.

“Warna pink memang akan elak sebab masa study dia pernah pakai baju warna putih ada tompok warna pink terang yang dia tak nampak, seharian tu semua orang pandang dia pelik,” katanya, menambah dek kerana peristiwa tersebut suaminya menyenarai hitamkan baju berwarna pink.

Kalau minta tolong dia ambil bekas warna merah, tapi bila bekas warna lain yang diambil baru teringat yang dia r4bun warna.

HUSNA NAJIHAH HASMAN

Menurut Husna, dia bagaimanapun kadangkala terlupa yang suaminya itu r4bun warna.

“Kalau minta tolong dia ambil bekas warna merah, tapi bila bekas warna lain yang diambil baru teringat yang dia r4bun warna,” selorohnya.

Katanya, dia akan memberikan pakaian contoh untuk memastikan suaminya tidak tersalah pilih warna pakaian.

“Ada masa tu kami nak cari baju warna purple untuk sedondon masa event, dia tak tahu warna purple macam mana yang kena cari.

“Jadi saya bagi dia satu baju yang warna purple, lepas tu dia jalan la sendiri tengok mana baju yang sama dengan warna yang dia pegang tu,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Sayang kenapa compressor dengan rumah warna hijau?”- Gelagat lelaki r4bun warna… beli baju siap bawa contoh, yang pasti pink dil4rang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*