Berani lamar lelaki, siap sarung cincin! Si g4dis ded4h situasi sebenar di sebalik kejvtan hari jadi kenalan 11 tahun– “Ramai ingat kami pasangan g4y”

HARI ulang tahun seorang pemuda yang diadakan di sebuah pusat karaoke dihadiahkan oleh kejvtan yang tidak disangka-sangka.

Manakan tidak, seorang g4dis memberanikan diri melamarnya untuk berkahwin.

Menerusi satu video yang meraih 300,000 tontonan di aplikasi TikTok, pemuda itu memberikan jawapan ‘ya’ sebelum jari manisnya disarungkan dengan sebentuk cincin.

Sambutan hari jadi tunang pada 22 Oktober.

Bercakap kepada mStar, g4dis itu, Nurain Najiha M.Fezal berkata, lamaran itu dibuat pada 22 Oktober lalu sempena sambutan ulang tahun pemuda yang dikenalinya selama 11 tahun.

Namun g4dis bertuah berusia 24 tahun itu tampil menjelaskan bahawa lelaki itu sebenarnya merupakan tunangnya di mana mereka telah bertunang sejak awal tahun.

“Memang betul saya melamar tunang saya masa hari jadi dia ke-24. Tapi dia terlebih dahulu melamar saya sebagai isteri dan kami bertunang pada Januari lalu.

“Saya sebenarnya berperwatakan k4sar dan susah untuk meluahkan perasaan. Jadi, sudah tiba masa saya tunjuk perasaan sayang padanya dengan melamarnya,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi pengalaman, dia yang lebih mesra disapa Jiha menjelaskan sebelum bertunang, dia dan pasangannya itu pernah bercinta dan hubungan itu bagaimanapun pvtus di tengah jalan.

“Tunang saya dulu adalah ex saya, kami bercinta masa di sekolah menengah. Kami kemudian berjumpa semula pada 2019 dan dia lamar saya untuk jadi isterinya.

“Masa tu tak ada cincin, dan dia adalah lelaki pertama yang ajak saya kahwin. Kami kembali rapat dan berbincang secara serius tentang hubungan.

“Pada Disember 2020, saya c4bar dia merisik kalau mahu memperisterikan saya. Pada Januari 2021,dia betul-betul merisik dan kami bertunang,” ujarnya yang berasal dari Subang Jaya, Selangor.

gadis lamar lelaki 5

Jiha (kiri) dalam seragam kadet polis mengenali tunang sejak sekolah menengah.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, lamaran yang dibuatnya selepas 10 tahun mengikat tali pertunangan itu mahu membuktikan komitmennya bersama tunang.

“Saya banyak cakap, tapi susah nak cakap sayang. Sedangkan m4rah dan men4ngis pun saya simpan. Dia banyak kali cakap I Love You, tapi saya tak balas.

Penampilan saya yang sebenar memang macam tu. Sama ada berkemeja dan berseluar, kadang-kadang pakai hoodie dan topi. Masa saya kecil ada yang gelarkan saya t0mb0y

NURAIN NAJIHA M.FEZAL

“Sayang saya pada dia tak pernah tunjuk. Masa birthday tunang tu catat sejarah, saya lu4hkan perasaan sayang pada dia.

“Bagi saya, harta atau rupa tidak menjamin masa depan. Apa yang penting adalah dia buat saya happy dan sedia menjaga saya dengan baik,” katanya sambil menambah detik bersejarah itu turut disaksikan oleh rakan-rakan rapat.

gadis lamar lelaki 6

Jiha dan tunang merancang untuk berkahwin pada Februari tahun depan.

Namun, konsultan akaun itu terkejvt dia dan tunang disalah anggap sebagai pasangan sej3nis gara-gara dirinya berpenampilan seperti lelaki ketika membuat lamaran.

“Penampialan saya yang sebenar memang macam tu. Sama ada berkemeja dan berseluar, kadang-kadang pakai hoodie dan topi. Masa saya kecil ada yang gelarkan saya tomboy.

“Tapi saya tak terasa hati pun, cuma rasa kelakar. Ramai ingat kami pasangan g4y, ‘kvnyit’ hanya kerana saya pakai topi dan hoodie. Apapun, tunang saya menerima saya seadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Jiha berkata, dia dan tunang merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Februari tahun depan.

“Persiapan untuk kahwin termasuk hantaran dah siap, hanya tunggu majlis. Saya harapkan semua mendoakan yang baik-baik, moga majlis perkahwinan kami berjalan lancar,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Berani lamar lelaki, siap sarung cincin! Si g4dis ded4h situasi sebenar di sebalik kejvtan hari jadi kenalan 11 tahun– “Ramai ingat kami pasangan g4y”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*