[Vide0] Wanita Confident Pakai Tuala Buat Tudung Keluar Shopping Masa Rambut Basah

Hijabis zaman moden ini mesti tahu ada banyak jenis material tudung dan style yang boleh digayakan kan? Tudung bawal lah, shawl lah, tudung sarung lah. Lepas tu, style dia bermacam-macam! Tinggal sesuai dengan tidak je dengan kita.

Viral di laman sosial TikTok, seorang wanita terlihat sangat yakin memakai tuala bercorak Lilo & Stitch sebagai tudung!

Dengan kapsyen “bila rambut hang basah tapi tetap nak shopping barang dapur”, video tular ini telah pun direkod oleh suami wanita tersebut.

Pelbagai reaksi daripada para netizen telah diberikan di ruangan komen posting tersebut. Kebanyakannya amat terhibur dengan tindakan wanita tersebut memakai tuala menggantikan tudung ketika rambut sedang basah.

Mereka berkata kemungkinan kerana memakai pelitup muka, itu yang confident semacam keluar rumah pakai tuala je buat tudung.

Video:

@yussyah

Bila rambut hang basah tapi tetap nak shopping barang dapur 😌 #fyp #fypシ #yussyah #abahfamily

♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

Pun begitu, ada juga yang mengatakan dia masih kelihatan cantik walaupun corak tuala yang dipakai merupakan corak kartun. Sedang elok je terletak tuala itu di atas kepalanya!

Selain itu, ada juga yang meninggalkan komen seperti “asalkan tutup aur4t” kerana tuala yang dipakainya itu betul-betul seperti shawl atau tudung yang sebenar.

Yang penting, mana dia dapat confident pakai tuala keluar pergi beli barang dapur tu? Kalau kita pakai tudung biasa tapi awning tak jadi pun dah mvrung!

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "[Vide0] Wanita Confident Pakai Tuala Buat Tudung Keluar Shopping Masa Rambut Basah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*