Ben Ali Ded4h Pernah Kerja Balut Hadiah, Buat Insurans & Jual Seluar – “Sebelum Absolut, Saya Buat Banyak Benda.”

Pelakon dan usahawan yang kini sukses bersama Absolut Chocolat, Ben Ali mengakui sebelum mengusahakan Absolut Brands Sdn Bhd bersama isteri Nadiyah Shahab, dia melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.

Menurut Ben, dia pernah bertugas sebagai pembalut hadiah di sebuah pusat membeli-belah terkenal sebelum ini selain terlibat salam perkhidmatan insuran serta beberapa pekerjaan lain.

Malah jelasnya lagi menerusi Ask Me Question di Instagram pada Selasa, dia juga ada melancarkan jenama seluar sendiri.

“Sebelum Absolut, saya buat banyak benda. Kerja di iSetan Lot 10 sebagai pembalut hadiah, kemudian kerja di Tangs Pavilion pada 2008. Seterusnya buat insurans, MLM dan invesment.

“Tapi kalau first business sendiri, saya buat jenama seluar Scottdale Pants Malaysia pada tahun 2014,” katanya bersama lampiran foto fesyen seluar yang dimaksudkan.

Sementara menjawab pertanyaan wargamaya lain, Ben mengakui cab4ran yang bisnes yang dilakukannya ketika ini adalah untuk memastikan ia kekal revelan.

“Bagi saya cabaran paling susah dalam business adalah untuk kekal relevant dan kekal sustain. Banyak perniagaan boleh naik dengan cepat tapi nak sustain dan kekal relevant tak mudah.

“Masalah memang akan ada dalam perniagaan. Itu normal. Kalau kita expect untuk takda masalah. Itu tak normal,” tulisnya.

Finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini juga menasihatkan individu yang baru menceburi bidang perniagaan agar tidak muda putus asa.

“Kami pon masih belum layak nak bagi advice sebab kami pon masih baru. Tapi apa yang penting, teruskan usaha, jangan mudah putus asa. Jatuh sekali, kita bangun semula 10 kali,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "Ben Ali Ded4h Pernah Kerja Balut Hadiah, Buat Insurans & Jual Seluar – “Sebelum Absolut, Saya Buat Banyak Benda.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*