“Anak soleh next level ni” – [Vide0] Ibu ‘Sporting’ Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak

Siapa kat sini suka lepak mamak dengan kawan-kawan? Jarang kita lihat orang lepak mamak, duduk satu meja dan semuanya senyap sunyi je, kan?

Melalui video yang baru tular di Tiktok pengguna @jiemrv, pemuda ini dilihat sedang melepak di kedai mamak beramai-ramai. Menariknya, pemuda itu membawa ibunya sekali untuk duduk semeja dengan kawan-kawannya. Amboi… sempoinya makcik ni!

Mungkin sebelum ini kita pernah dengar lelaki membawa pasangan mereka untuk lepak di mamak bersama kawan-kawan, tetapi yang datang bawa ibu ni memang jarang-jarang berlaku. Rare betul abang ni.

Lebih menghiburkan, ibu kepada lelaki ini nampaknya begitu berselera menikm4ti makanannya, manakala rakan-rakan pemuda itu sedang ralit bermain game dengan senyap.

Video:

@jiemrv

ibu lapau noh😩 #fyp

♬ duhaiiii – ♡

Jarang sebenarnya kita lihat lelaki tak banyak cakap ketika bermain permainan video di mamak. Biasanya kalau dah main game ramai-ramai tu, mesti riuh rendah punya!

Namun kali ini, mungkin untuk menghorm4ti ibu pemuda tersebut, meja itu sampai jadi sunyi.

Rata-rata netizen di bahagian komen memuji lelaki tersebut sebagai anak soleh dan anak syurga. Ada juga yang terhibur dengan ibu pemuda itu yang begitu sporting untuk ikut anaknya lepak di mamak.

Lebih menarik, ada yang ‘bahan’ kawan-kawan lelaki itu, mengatakan yang mereka tidak boleh berkata-kata kes4t jika kalah dalam game yang sedang dimain. Bagus member dia ni, semuanya pandai ‘behave’.

Haa… korang tak nak ke cuba bawa ibu korang lepak mamak lepas ni?

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Anak soleh next level ni” – [Vide0] Ibu ‘Sporting’ Ikut Anak Lepak Dengan Member Dekat Mamak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*