Video air Starbucks tumpah raih lebih 13 juta views, adakah kerana ramai suka tengok reaksi jejaka cool, sangat lembut? – “Dia offer beli minuman baru”

UMUM mengetahui harga minuman daripada rangkaian kedai kopi Starbucks sedikit mahal berbanding minuman setaranya.

Baru-baru ini video memaparkan satu ‘cup’ minuman dari kedai tersebut tertumpah ketika seorang wanita cuba mencvcuk penyedut minuman sambil membuat rakaman video, menjadi tular.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 13 juta jumlah tontonan dan dibanjiri belasan ribu komen yang pelbagai, dengan ada yang memberikan kata-kata positif namun tak kurang ada juga yang mengec4mnya.

Nurin tidak sengaja menumpahkan minumannya kerana sedang merakam video dalam masa yang sama.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurin Izyan, wanita ini berkata dia sendiri tidak menyangka video ins1den ‘kisah sedih ringkas’ yang dikongsi di aplikasi TikTok secara suka-suka itu meraih jumlah tontonan yang begitu tinggi.

“Saya dan seorang rakan lelaki singgah ke kedai kopi itu di Suria KLCC untuk membeli minuman sebelum ke Aquaria. Saya memang suka ambil video makanan sebab ia satu ‘art’ bagi saya.

“Sambil merekod guna telefon bimbit, saya cuba cvcuk penyedut minuman dalam cup Greentea Frappe dan entah macam mana cup tu terbalik sebab mata saya fokus kepada skrin telefon bimbit sewaktu mencvcuk.

“Memang terkejvt sangat masa cup tu jatuh dan tengok hampir semua airnya tump4h. Tak sempat nak rasa pun,” ujar wanita berusia 22 tahun ini.

Pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam yang senang disapa Nurin ini berkata, selain terkejvt, dia juga diselubungi rasa bers4lah yang teramat bukan sahaja kepada rakannya yang membayar minuman tersebut, tetapi kepada kakitangan kedai kopi yang terp4ksa membersihkan sisa tumpahan minumannya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya memang terkejvt campur rasa bers4lah sangat. Tapi jadi tenang sikit sebab reaksi rakan lelaki yang ‘cool’ dan dia terus panggilkan pekerja di situ untuk minta tolong bersihkan.

“Bila pekerja tu datang, berkali-kali saya minta maaf sebab susahkannya. Masa tu tak ada rasa m4lu dah, tapi rasa bers4lah yang teramat.

“Rakan saya offer beli minuman baru tapi saya menolak sebab tak mahu membazir dan memang kami tengah kejar masa untuk ke Aquaria pula.

Bila pekerja tu datang, berkali-kali saya minta maaf sebab susahkannya. Masa tu tak ada rasa m4lu dah, tapi rasa bers4lah yang teramat.

NURIN IZYAN

“Dalam hati niat nak belikan sesuatu buat pekerja Starbucks tu untuk tebus rasa bers4lah selepas selesai ke Aquaria tapi tak sempat. InsyaAllah nanti saya nak ke kedai tu semula dan jumpa dia,” katanya yang menetap di Setia Alam, Selangor.

Langsung tidak menjangka impak daripada video berkenaan, Nurin berkata dia terbuka menerima sebarang komen daripada netizen kerana mengakui ia adalah kesilapan dirinya sendiri.

“Video tu simple saja tapi mungkin sebab ia air Starbucks, maka ramai yang view. Memang macam-macam reaksi, ada yang nasihatkan supaya berhati-hati selepas ini.

nurin

Nurin mengakui berasa bers4lah atas insiden yang tidak disengajakannya.

“Ada juga yang kagum dengan sikap rakan lelaki kerana tenang dan tak mel3nting walaupun sikit lagi nak kena dia. Ada netizen komen ‘dia sangat lembut. Kalau laki aku, dekat situ juga dia m4rah aku’.

“Tapi biasalah, ada juga komen neg4tif yang buat saya rasa ‘alamakkk’. Tak kurang juga ada yang kata ia content.

“Saya okay je baca komen-komen tu semua sebab memang salah sendiri pun. Lagipun, benda dah nak jadi. Saya hargai semua yang beri komen positif. Moralnya selepas ini kena hati-hati kalau nak rekod,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Video air Starbucks tumpah raih lebih 13 juta views, adakah kerana ramai suka tengok reaksi jejaka cool, sangat lembut? – “Dia offer beli minuman baru”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*