“Jangan sampai hilang” – Anak Ded4h Hobi Ibu Suka Kumpul Tupperware, Sampai Penuh Satu Almari

Cuba korang check almari dapur ibu korang, mesti ada je koleksi Tupperware kan? Biasalah, mak-mak kan? Suka kumpul bekas yang memudahkan urusan seharian diorang.

Macam yang kita tahu, majoriti kaum ibu di Malaysia akan suka dengan koleksi Tupperware. Mana taknya, kalau anak-anak hilangkan Tupperware milik ibu mereka, perkara itu dianggap sebagai satu silap besar kerana jenama itu sangat popular.

Perkara itu dibuktikan dalam satu video TikTok melalui akaun @king_hyecals. Dalam video itu, dia merakam segala koleksi milik ibunya di dapur. Boleh dikatakan penuh juga segala kabinet yang ada dengan koleksi Tupperware.

Bukan itu sahaja, pemilik akaun TikTok itu turut memberitahu bahawa kakaknya juga mula untuk terikut hobi ibu mereka sehingga sanggup ke rumah ibunya sekiranya ada beberapa bekas Tupperware yang didapati hilang.

Di bahagian komen, ramai yang kagum dengan bilangan bekas Tupperware yang ditunjukkan kerana pelbagai saiz dari sekecil-kecil bekas kuih raya hingga ke saiz sebesar jag air disusun di kabinet dapur.

Video:

@king_hyecals

MAK SAPE GINI…KADANG BOLEH BUAT GADUH KALAU HILANG DIA PUNYA TUPPERWARE!!!😆😂🤣🤣.. #foryourpage #foryoupage #eskeli #fypシ #fyp

♬ original sound – hyecal🐣 – hyecal🐣

Ada juga yang berkongsi pengalaman tentang peristiwa mereka hilangkan bekas Tupperware milik ibu mereka. Menariknya, rata-rata mempunyai pengalaman yang sama dengan ibu mereka. Wah, betul-betul relatable eh?

Terbuktilah, ibu-ibu memang gemar simpan bekas yang boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. Jadi, kita sebagai anak dan juga pengguna bekas Tupperware milik ibu sendiri haruslah jaga dengan baik. Paling penting, jangan sampai hilang okay?

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Jangan sampai hilang” – Anak Ded4h Hobi Ibu Suka Kumpul Tupperware, Sampai Penuh Satu Almari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*