[Vide0] Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejvt Customer Bangun Tidur

Sejak Malaysia mula banyakkan servis penghantaran makanan terus ke rumah, memang bertubi-tubi pesanan yang sering diterima. Tambah pula, servisnya yang memudahkan orang ramai dan juga menjimatkan masa.

Lagi satu, bila sebut tentang servis penghantaran makanan, mesti ramai yang akan terus terbayang rider Foodpanda yang boleh dikatakan ada di mana-mana premis makanan.

Namun, viral di TikTok baru-baru ini tentang satu servis dari rider Foodpanda yang dikatakan bukan biasa-biasa. Mana taknya, dalam video yang dikongsikan oleh @maryamlegacy, dia menunjukkan seorang rider terus hantar makanan ke dalam bilik pelanggannya.

Difahamkan, rider tersebut sampai sanggup kejvt sendiri pelanggannya yang sedang tidur di dalam bilik hanya untuk menyampaikan pesanannya. Lebih mencuit hati, pelanggan itu siap membuat pembayaran di biliknya juga. Situasi itu telah menyebabkan orang-orang di rumah ketawa sakan kerana terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Video:

@maryamlegacy

#foodpandamalaysia

♬ Laughing Hard – Tik Tok

Turut terhibur adalah netizen di bahagian komen kerana video itu mendapat pelbagai reaksi yang positif. Rata-rata memberi pujian kepada rider itu yang sanggup untuk hantar terus makanan kepada pelanggannya.

Disebabkan situasi itu juga, ramai yang terus memberi sokongan kepada rider-rider Foodpanda yang bertungkus-lumus membuat penghantaran kepada pelanggan demi untuk sampai tepat pada waktunya. Apa yang penting, rider-rider Foodpanda mestilah jaga juga keselamatan anda semua supaya tiba ke tempat pelanggan dengan selamat.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "[Vide0] Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejvt Customer Bangun Tidur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*