Ingat pesan arw4h ayah, anak tunggal tab4h berniaga gerai tepi jalan sejak tingkatan 2… nasib baik COD menjadi masa PKP – “Dapat duduk dengan mak pun rezeki”

KETIKA rakan sebaya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, remaja berusia 18 tahun ini memilih untuk tinggal di kampung dan meneruskan perniagaan gerai milik Allahyarham bapanya.

Menurut Muhd Mizal Aimal Azmi, dia percaya akan ketentuan rezeki dan menganggap setiap insan ada perjalanan tersendiri sebelum menuju ke puncak kejayaan.

“Saya ada tengok kawan-kawan sambung belajar. Tapi saya selesa duduk dengan mak dan berniaga gerai. Saya dah terbiasa begini. Saya dah tolong arw4h ayah berniaga sejak tingkatan dua.

Mizal bersama ibunya.

“Pada saya, ia bergantung kepada rezeki masing-masing. Setiap orang dikurniakan rezeki tersendiri. Dapat duduk dengan mak pun satu rezeki,” ujarnya yang mesra disapa Mizal.

Bercerita kepada mStar, peniaga gerai minuman dan ayam goreng di Permatang Bendahari, Penaga, Pulau Pinang itu mended4hkan Allahyarham bapanya, Azmi Mat Din, men1ngg4l dvnia ak1bat kem4langan motosikal pada tahun 2019.

Dia yang juga anak tunggal kini meneruskan legasi perniagaan gerai itu disamping menjaga ibunya, Wan Noriza Wan Hamzah yang berusia 53 tahun.

“Dulu kami bertiga berniaga. Arw4h ayah, mak dan saya berniaga sekali. Selepas ayah men1ngg4l, mak berniaga pada waktu pagi, balik sekolah saya pula sambung berniaga. Pernah juga buat kerja sekolah di gerai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sekarang mak dah tak berniaga, dia berehat di rumah saja. Saya teruskan berniaga dengan seorang pembantu sekarang.

“Ada banyak cab4ran berniaga di tepi jalan. Tapi kami teruskan demi sesuap nasi. Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, perniagaan turut terjejas.

Arw4h pernah kata, susah macam mana pun, kita kena usaha sampai berjaya.

MIZAL

“Kemudian saya perkenalkan khidmat penghantaran (COD). Alhamdulillah, semuanya OK sekarang. Biasalah bila berniaga, ada naik turun,” ujarnya lagi.

Menurut Mizal, dia turut memegang kata-kata Allahyarham bapanya yang mana ia menjadi sumber kekuatan untuk dia mengejar impian.

Kini, Mizal juga sedang dalam perancangan untuk membuka gerai kedua pada tahun depan dan turut memasang impian memiliki restoran suatu hari nanti.

mizal2

Gerai Mizal terletak di Permatang Bendahari, Penaga, Pulau Pinang.

“Banyak yang saya belajar dengan arw4h ayah. Dia banyak ajar mengenai kesus4han hidup. Dia juga ajar saya untuk berusaha hingga berjaya suatu hari nanti.

“Arw4h pernah kata, susah macam mana pun, kita kena usaha sampai berjaya. Saya juga tengah rancang untuk buka satu lagi cawangan tahun depan dan ada impian untuk buka restoran suatu hari nanti,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mizal turut terh4ru dengan sokongan ramai yang diterima selepas dia aktif berkongsi video di TikTok.

Kata Mizal, dia terh4ru membaca kiriman doa netizen yang mana ia dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus gigih mengejar impiannya.

mizal3

Mizal mula mengikuti arw4h bapanya keluar berniaga sejak sekolah lagi.

“Ada juga saya dapat pelanggan baharu dari TikTok. Alhamdulillah, seronok bila ramai yang bagi sokongan.

“Saya terh4ru bila orang tak dikenali pun mendoakan saya. Mereka doakan saya dimurahkan rezeki dan berjaya suatu hari nanti. Memang rasa sebak sangat.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang beri sokongan dan tinggalkan komen baik-baik, hanya Allah boleh balas jasa anda semua,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ingat pesan arw4h ayah, anak tunggal tab4h berniaga gerai tepi jalan sejak tingkatan 2… nasib baik COD menjadi masa PKP – “Dapat duduk dengan mak pun rezeki”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*