“Bagi Phone Dia Relax, Deco Bilik Pun Dia Relax. But This One…,” – Air M4ta Mengalir, Hafreez Adam Hadiahkan Ibu Kereta Baru

Pelakon, Hafreez Adam mengakui berasa amat teruja apabila dikurniakan rezeki untuk menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru jenis Honda HRV.

Menurut Hafreez, dia sememangnya sudah lama berhajat untuk menghadiahkan ibunya itu sebuah kereta baru sebagai tanda penghargaan kerana telah membesarkan dia dan adik beradik lain tanpa mengenal erti penat lel4h.

“Bismillahhirrahmannirrahhim. Surprise ma! As a son, tak ada benda lain yang Abe nak buat selain happy kan my mom yang dah susah payah besarkan kitaorang adik beradik ni sendirian.

“I’ve been meaning to give her a car, cuma tahun ni baru ada rezeki. Alhamdullilah. But before Abe bagi kereta dekat my mom, Abe pergi send untuk wrap dulu dekat @r124autoart.official .

“Panjang ceritanya, next okay Abe cerita, but Alhamdullilah, menjadi surprise ni, thanks to @r124autoart.official yang bagi idea cara nak surprise kan my mom tu,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Gantung itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Dalam pada itu, Hafreez turut memberitahu, selagi hayatnya masih ada, dia akan sentiasa berusaha untuk membahagiakan ibunya itu dalam apa jua cara sekalipun.

“Thanks to my siblings sebab sama sama usaha untuk happy kan our mom. and to our mom, we just wanna say we love you so much! Thanks for everything! more to come for you, InsyaAllah.

“Alhamdullilah. Dear Mom, We just want you to know that we love you so much. Enjoy your new ride ma! More to come for you, InsyaAllah.

“P/s: my mom ni susah nak menangis kalau kitaorang adik beradik surprisekan dia. Bagi phone, dia relax, deco bilik dia pun dia relax. But this one, swipe left tengok mama n4ngis dapat kereta baru dia,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Hafreez akan sentiasa dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

 

Sekadar informasi, nama Hafreez mula dikenali selepas dia menyertai program pencarian bakat, Hero Remaja 2011/12 sezaman dengan Syafiq Kyle, Fattah Amin dan Saharul Ridzwan.

Sumber: Instagram Hafreez Adam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Bagi Phone Dia Relax, Deco Bilik Pun Dia Relax. But This One…,” – Air M4ta Mengalir, Hafreez Adam Hadiahkan Ibu Kereta Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*