Anjing Terbiar Membawa Mangkuk Kosong Dan Berjalan Dari Rumah Ke Rumah Cari Makanan

Sebuah rakaman yang memperlihatkan seekor anjing terbuang mengalami n4sib yang menyed1hkan selepas dilihat berjalan sambil membawa mangkuk kosong di mulutnya dan berkunjung dari satu rumah ke rumah lain.

Video berdurasi 1 minit 34 saat itu dirakam oleh pasukan sukarelawan World Animal Awareness Society, yang melancarkan Projek Haiwan Jalanan Amerika Syarikat (AS).

Dalam video yang dirakam di sebuah kawasan kejiranan di Detroit, AS itu menunjukkan kesungguhan seekor anjing berjalan di dalam kawasan yang dipenuhi semak samvn untuk mencari individu yang sudi berkongsi makanan dengannya.

Anjing yang kelaparan itu mengunjungi lima buah rumah dengan meletakkan mangkuk di hadapan rumah terbabit, kemudian menyalak meminta makanan. Namun ia tidak sedar kesemua rumah terbabit telah ditinggalkan penghuninya.

Anjing itu bersama seekor lagi berteduh di salah sebuah rumah kosong di kawasan itu. Pasukan sukarelawan menemui kedua-dua anj1ng itu, kemudian mengisi mangkuk makanan anj1ng tersebut dengan makanan dan minuman.

Memetik laman berita Lolitopia, dilaporkan bahawa anjing liar di kawasan itu kini telah diselamatkan. Haiwan itu dibawa ke kemudahan penjagaan yang dikendalikan oleh sukarelawan berkenaan.

Video:

Video terbabit dirakam bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai nasib haiwan yang ditinggalkan serta memperbetulkan pandangan bahawa haiwan ini berupaya untuk menjaga diri serta mencari makanan sendiri.

Seekor anjing mengunjungi lima buat rumah dengan mangkuk makanannya namun hampa kerana tiada siapa yang tinggal di kawasan terbabit.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://www.infomalaysiatrending.com/, sinarviral

Be the first to comment on "Anjing Terbiar Membawa Mangkuk Kosong Dan Berjalan Dari Rumah Ke Rumah Cari Makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*