‘Alhamdulilah One Step Closer’- Latif Romly Selamat Bertunang Dengan G4dis Pilihan Hati

Penyumbang pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Abdul Latif Romly, 24, selamat mengikat tali pertunangannya semalam.

Pemenang pingat emas lompat jauh T20 itu mengumumkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya semalam.

“Alhamdulilah one step closer. I love you! (23/10/2021),” catatnya.

Perkongsian beliau turut dihujani ucapan tahniah warga maya dan pengikutnya yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan untuknya.

Sebelum ini, ibu kepada atlet paralimpik negara itu Salmah Yatim, 64, mengatakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa ini kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.

Menurutnya, Latif merancang berkahwin pada 2025 kerana buat masa ini dirinya ingin tumpukan kepada sukan terlebih dahulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LATIFROMLY (@latifromly)

Ujarnya, pihaknya juga tidak ada halangan untuk mereka Latif berkahwin kerana kedua-dua keluarga sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.

Sementara itu, Abdul Latif jua pernah menjadi tumpuan ramai apabila melalui episod dram4tik mengal4mi keced3raan dipercayai salah mendarat ketika temasya Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Beliau menutup tirai Sukan Paralimpik 2020 meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Stadium Olimpik, Tokyo.

Anak jati Perlis itu juga turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial dengan perubahan wajahnya yang jauh lebih matang berbanding ketika Sukan Paralimpik Rio di Brazil pada tahun 2016.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: SP.SN via sinetronmalaya

Be the first to comment on "‘Alhamdulilah One Step Closer’- Latif Romly Selamat Bertunang Dengan G4dis Pilihan Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*