Awie terima mesej terakhir ‘love you bro’ daripada Mamat Khalid – “Dia tak pernah mesej begitu… kalau bergurau pun kas4r”

PERNAH beberapa kali bekerjasama dalam filem, penyanyi Datuk Awie menyifatkan Allahyarham Mamat Khalid satu-satunya bintang yang menyerlah dalam industri perfileman negara.

Berkongsi momen terakhir dengan Mamat, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 52, berkata, dia menerima mesej terakhir arwah beberapa minggu lalu yang dianggap sedikit berbeza daripada kebiasaannya.

“Beberapa minggu lalu arw4h ada mesej berbunyi ‘Love you bro, cepat-cepat sembvh’. Dia tidak pernah mesej begitu dengan saya sebelum ini. Kalau bergurau pun kas4r. Kemudian dia turut bertanya khabar.

“Kali terakhir kami berjumpa pada tayangan Kampung Pisang muzikal. Arw4h disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua krew,” katanya.

Awie berkata demikian kepada Sinar Harian yang turut menziarahi jenazah Mamat di rumah Allahyarham di Taman Ipoh Jaya Timur 1, Perak.

WhatsApp Image 2021-10-24 at 12.39.55 PM

Gambar kenangan Awie bersama arwah Mamat Khalid.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sempat meluangkan masa membacakan tahlil serta mengucapkan t4kziah kepada anggota keluarga arw4h.

Tambah Awie, Allahyarham disifatkan sebagai seorang periang dan sentiasa tenang walaupun raut wajahnya kelihatan g4rang.

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermas4lah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak mereka dengan baik.

Dia penghibur di kala ada orang yang bermas4lah di lokasi

AWIE

PENYANYI / PELAKON

“Dia yang membawa saya hingga kekal dengan watak Husin. Sehingga ke akhir h4yat arw4h masih memanggil saya dengan nama watak itu,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembvskan n4fas terakhir di h0spital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Jen4zah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Awie terima mesej terakhir ‘love you bro’ daripada Mamat Khalid – “Dia tak pernah mesej begitu… kalau bergurau pun kas4r”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*