[VIDEO] Anuar Zain Buka Akaun TikTok, Siap Payung Lagu Lelaki Ini!

Penyanyi lelaki yang mempunyai suara lunak, Anuar Zain semalam telah membuat kejutan kepada peminat-peminat beliau selepas membuat ‘kemunculan’ di TikTok dengan memuat naik satu ucapan ringkas.

Jika diperhatikan, akaun tersebut baru sahaja dibuat dan sehingga artikel ini ditulis, sudah mempunyai hampir 34 ribu followers dan telah mendapat hampir 54 ribu likes.

Menerusi video kedua yang dimuatnaik penyanyi tersohor berkenaan, beliau meminta agar peminat serta pengikut akaun tersebut menyebarkan perkara positif sahaja selain turut meminta agar masing-masing memberikan galakan dan menaikkan semangat antara satu sama lain.

Selain itu, beliau juga dalam masa yang sama sempat ‘menyatakan’ sayangnya kepada peminat serta pengikutnya di penghujung video. “Love you”, ujarnya ringkas.

“Hi everybody, I’m new dekat TikTok”

@anuarzainnetwork

#tiktokmalaysia #artistsoftiktok #fypdongggggggg #foryoupage #fyp

♬ original sound – ANUAR ZAIN – ANUAR ZAIN

Selain itu, penyanyi berkenaan nampak teruja untuk memulakan ‘perjalanan’nya di TikTok semasa membuat ‘pengenalan’ akaun barunya tersebut. Beliau juga sempat meminta pengguna lain untuk mengikuti akaunnya tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat ternyata teruja dengan kemunculan penyanyi berkenaan selain menyampaikan perasaan rindu untuk melihat persembahan nyanyian beliau yang difahamkan telah lama ‘menghilang’.

Komen Netizen:

Dalam sebuah lagi posting yang dimuat naik selepas itu, Anuar Zain turut melayan permintaan yang dibuat peminatnya dengan menyanyikan lagu ‘Lelaki Ini’ yang secara tak langsung mengub4ti kerinduan ramai untuk mendengar alunan suara lunak beliau.

Nampaknya lepas ni bolehlah dengar nyanyian Anuar Zain selalu kan di TikTok!

Tak sabar pulak tunggu konten selanjutnya dari Anuar Zain! 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah, sinarviral

Be the first to comment on "[VIDEO] Anuar Zain Buka Akaun TikTok, Siap Payung Lagu Lelaki Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*