Terhibur Cara Kawan ‘Jaga’ Waktu Sakit, Ramai Doakan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila

Bila bercakap mengenai persahabatan, macam-macam jenis kawan yang kita semua ada betul tak? Selalunya kawan yang betul-betul memahami adalah kawan yang telah lama bersama dari kecil. Tambah pula kalau ada kawan yang selalu ada di waktu susah dan senang, mesti susah nak lekang!

Disebabkan p4ndem1k yang melanda negara sejak tahun lepas, masa untuk dilluangkan bersama dengan kawan-kawan agak terbatas. Jadi, bila dah mula boleh dine-in dan juga rentas negeri, ramai yang gunakan peluang itu untuk bersama dengan kawan-kawan.

Tetapi, lain pula cerita mengenai kawan dalam video yang viral di TikTok melalui akaun @_.aput._. Dalam video itu, dilihatkan dua orang lelaki yang dipercayai berkawan rapat. Namun, yang mencuit hati ramai pengguna TikTok adalah perbuatan kawan yang meniru gaya kawannya yang sedang s4kit. Macam-macamlah korang ni!

Dia dengan selamba meniru gaya berjalan dengan kaki s4kit kawannya sambil tergelak kerana niatnya untuk menghiburkan. Bukan itu sahaja, dia juga sempat lagi mengajuk gaya yang sama semasa mahu pulang ke rumah.

Video:

@_.aput._

susah bile dapat membe tak pernah srs😂#fypシ #foryoupage #fypage #fyp

♬ bunyi asal – 𝓪𝓹𝓾𝓽😎 – 𝓪𝓹𝓾𝓽😎

Perbuatan itu menerima reaksi positif dari ramai netizen kerana mereka turut mengatakan bahawa, kawan yang kuat mengvsik itulah yang sering ada di kala memerlukan. Ini kerana, dia dilihatkan sanggup datang ke rumah kawannya di waktu malam dan juga sempat untuk membeli makanan untuk kawannya. Admin tabik lah korang berdua ni!

Oleh itu, hargailah kawan-kawan yang masih ada dan jaga hati mereka sebaik mungkin. Macam dalam video ini, kita takkan tahu siapa kawan yang akan ada bila kita memerlukan. Okaylah, min nak call kawan-kawan min jap, nak ajak lepak mamak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "Terhibur Cara Kawan ‘Jaga’ Waktu Sakit, Ramai Doakan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*