“Guna prinsip 5P”- Memiliki Kesabaran Yang ‘Kent4l’, Netizen Kagum Lihat Cikgu Sabar Layan Murid ‘Istimewa’

Bakat mangajar dan memberi ilmu bukanlah sesuatu yang boleh kita dapatkan dengan mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh para pendidik lebih-lebih lagi guru-guru pendidikan khas. Cabarannya akan lebih berganda-ganda berbanding guru biasa.

Sehubungan dengan itu, seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Lepar, Pekan, Pahang telah meraih perhatian yang positif daripada para netizen di laman TikTok setelah berkongsi amalan prinsip 5P ketika mengajar. Bukan sahaja di TikTok, video tersebut juga telah tular dan mendapat pujian di Twitter!

Lima prinsip yang diamalkan oleh cikgu Azura ini termasuklah Positif, Penghibur, Pemudah cara, Penyayang dan Penyabar.

Seperti yang semua ketahui, anak-anak ‘istimewa’ ini sememangnya memerlukan perhatian yang lebih, bukan sahaja daripada para guru dan ibu bapa mereka, tetapi masyarakat sekeliling juga seharusnya perlu lebih bersikap peka dan prihatin agar mereka tidak berasa terpinggir dalam komuniti masyarakat.

Video:

@azura_nurazura

InsyaAllah cikgu akan bimbing kamu sebaiknya, walaupun basah berjeruk ketiak cikgu setiap hari 🤣🤣

♬ original sound – Azura Yusop – Azura Yusop

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen positif daripada para netizen dengan mengatakan sebagai seorang guru kepada kanak-kanak ‘istimewa’, beliau mempunyai kesabaran dan ketabahan yang amat tinggi.

Selain daripada pujian yang diterima, ramai juga yang mendoakan agar usaha cikgu Azura dalam mendidik anak-anak ‘istimewa’ di sekolahnya itu dipermudahkan dan diberi ganjaran pahala serta dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah, sinarviral

Be the first to comment on "“Guna prinsip 5P”- Memiliki Kesabaran Yang ‘Kent4l’, Netizen Kagum Lihat Cikgu Sabar Layan Murid ‘Istimewa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*