Pelajar Form 2 jual lukisan anime di TikTok… kalau boleh nak langs4ikan hut4ng keluarga, beli sofa baharu – “Hujan, panas mak tetap menyapu”

Rakaman video seorang g4dis melukis karakter anime menarik perhatian ramai di TikTok.

Visual berdurasi 19 saat itu meraih hampir 400,000 tontonan di platform tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai yang menunjukkan sokongan mereka dan mahu membeli hasil lukisan g4dis berkenaan.

Harga lukisan yang dijual bergantung kepada berapa lama masa diambil dan bahan yang digunakan sepanjang proses tersebut.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Farahziyanie Dzulkepley, 14, terkejvt apabila melihat video lukisan yang dimuat naik oleh kakaknya Nursyafika Asma Dzulkepley, 31, muncul di For You Page (FYP) di TikTok.

Sejak itu, dia mula menerima beberapa tempahan untuk melukis karakter anime.

“Kakak saya buat tu hanya untuk suka-suka dan saja mencuba nasib dengan memuat naik di TikTok. Mana la tahu kalau ada yang berminat nak beli.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya terkejvt juga la video tu jadi viral, sekarang ni dah ada lebih kurang 10 lukisan yang orang tempah.

“Anggaran harga pula antara RM15 hingga RM40 bergantung kepada bahan dan berapa lama masa yang diambil untuk disiapkan,” katanya yang menetap di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah.

G4dis yang mesra disapa Yanie itu minat melukis sejak tahun lalu setelah melihat sepupunya melukis karakter anime.

Sepanjang berkarya, dia mengakui terdapat satu karakter yang agak menc4bar untuk dilukis memandangkan dirinya masih belum begitu mahir.

“Saya memang minat sangat melukis dan semuanya belajar sendiri. Tetapi saya hanya pandai melukis karakter anime sahaja.

IMG_0532

Buat masa ini Yanie hanya melukis karakter anime dan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk disiapkan.

“Idea untuk melukis tu kadang-kadang dari saya sendiri dan ada masanya kakak yang bagi cadangan. Selalunya setiap lukisan itu mengambil masa lebih dari satu jam untuk disiapkan.

“Karakter anime yang paling susah untuk dilukis ialah Nezuko Kamado daripada anime Demon Slayer. Sebab bahagian rambutnya saya tak berapa pandai nak lukis, ambil masa dua jam untuk siapkan.” katanya yang merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Taman Ria, Tuaran.

Anak ketujuh dari lapan beradik ini menjual lukisannya kerana mahu membantu meringankan sedikit beb4n keluarganya.

Kedua ibu bapanya Rokiyah Dapan, 49, dan Dzulkepley Junki, 45 bekerja sebagai tukang sapu di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

“Niat saya nak menjual lukisan untuk bantu ibu bapa dan tak nak menyus4hkan mereka berdua. Saya bukan daripada keluarga yang berada, ibu bapa pula bekerja sebagai tukang sapu sahaja.

“Waktu kecil dahulu saya penah ikut mama pergi kerja, rasa sed1h bila melihat dia kena sapu sampah dalam keadaan cuaca panas. Hujan pun kadang-kadang dia tetap menyapu juga.

Kerana dalam setiap usaha yang anda lalukan itu, pasti ada kejayaan.

FARAHZIYANIE DZULKEPLEY

“Kalau ada duit memang saya nak langs4ikan hut4ng mereka dan belikan sebuah sofa serta peti ais, sebab apa yang kami ada sekarang ni dah uzvr,” tambahnya

Anak kelahiran Sabah ini menasihatkan supaya mereka yang baru menceburi bidang lukisan untuk sentiasa berlatih memperbaiki skil melukis.

Jelasnya lagi, dia percaya bahawa setiap apa yang kita usahakan dengan bersungguh sungguh pasti akan membuahkan hasil.

“Untuk mereka yang masih baru belajar melukis macam saya ni, harap jangan mudah berpvtus asa.

IMG_0534

Yanie telah menerima tempahan daripada lebih 10 orang di TikTok setakat ini.

“Kerana dalam setiap usaha yang anda lakukan itu, pasti ada kejayaan.

“Jangan hiraukan apa orang nak kata, lebih baik fokus pada matlamat sendiri,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pelajar Form 2 jual lukisan anime di TikTok… kalau boleh nak langs4ikan hut4ng keluarga, beli sofa baharu – “Hujan, panas mak tetap menyapu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*