“Lig4t betul” – [Vide0] Abang-abang Jenuh Tahan Gelak Tengok Budak Berjoget Sakan, Raih Perhatian Netizen

Rasanya kita semua dah tahu betapa luasnya pengaruh tarian-tarian viral di Tiktok sekarang ni. Bukannya setakat orang dewasa, malah budak-budak pun sekarang dah banyak cuba untuk buat content masing-masing.

Macam yang Min jumpa di laman Tiktok @faezuanhakim ni, korang boleh lihat sendiri bagaimana sakannya adik ni menari tanpa dia sedar ada orang lain yang rakam gelagatnya.

Adik tersebut dilihat sedang menari mengikut trend Breakfast Challange seperti yang dilakukan oleh ramai pengguna Tiktok, termasuklah selebriti tempatan dan luar negara. Menariknya, tarian yang dilakukan adik tersebut boleh dikatakan ‘on point’ dan penuh bertenaga.

Aku tak boleh tahan gelak sorry

Dalam video berdurasi 28 saat itu, lelaki-lelaki yang memakai uniform sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan yang berehat di sekeliling adik itu tidak dapat menahan tawa mereka melihat betapa sakannya adik itu berjoget.

Video:

@faezuanhakim

macam ni erk main tiktok? 🤣@#fyp #foryou

♬ bunyi asal – Faezuan Hakim – Faezuan Hakim

Min pasti adik ni mesti terkejut kalau dia dapat tahu video yang dirakam secara diam-diam ini mencecah lebih 90 ribu like di laman Tiktok, boleh jadi lebih daripada akaun Tiktok sebenar miliknya.

Video ini menerima pelbagai jenis respon dari netizen. Ada yang mengatakan yang mereka lebih terhibur bila lelaki-lelaki beruniform itu tertawa. Ada juga yang bertanya jika adik tu sedang menggoreng telur. Macam-macam ya korang ni.

Entah berapa lamalah agaknya dia ‘practice’ menari sampai lancar macam tu, ya? Kalau digilap lagi bakat tu, boleh pergi jauh, dik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Lig4t betul” – [Vide0] Abang-abang Jenuh Tahan Gelak Tengok Budak Berjoget Sakan, Raih Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*