[Vide0] Saharul Ridzwan Dedah Bibit Cinta Bersama Isteri, Call Ajak Kahwin Masa Birthday.. Rupa-Rupanya Isteri Ada Niat Sama!

Umum mengetahui, pasangan sama cantik sama padan Saharul Ridzwan dan Deena Amir selamat disatukan pada 16 September 2016, dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dan Fateema Azzahra.

Menerusi satu soalan yang diajukan di platfom TikTok, pelakon kacak ini tampil menceritakan bagaimana dia boleh bertemu dengan isteri tersayang.

Call ajak kahwin

Ujar pemilik nama Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim, dia pada mulanya mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri setelah beberapa tahun mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Saya tak ingat lama sangat tu. Tapi rasanya dekat Facebook kot tapi yang bestnya cerita saya ini dengan wife adalah bila mana saya mel4mar dia. Saya ingat lagi waktu tu birthday dia 12 Januari, jadi malam tu kot saya terdetik hati nak mesej dia selepas beberapa tahun tak mesej tak call tak apa pun.

Sebelum itu, dia pun block (sekat) saya dan kami ada g4duh-g4duh sikit tapi malam itu saya rasa nak mesej dia saya cakap Happy Birthday.

 

Mengulas lebih lanjut, pelakon drama Tok Adi ini bertindak mengajak isterinya untuk berkahwin selepas mengetahui statusnya yang masih bujang ketika itu.

 Lepas itu, dia balas saya macam tak apalah saya call. Bila saya call saya tanya awak dah kahwin ke belum? dan dia jawab belum. Tanya dah ada boyfriend ke belum? tak ada.

Saharul turut menceritakan dia hanya tahu akan doa yang diminta oleh Deena Amir selepas mereka selamat disatukan sebagai suami dan isteri.

Saya cakap dekat dia jom kita kahwin nak? Lepas itu dia letak telefon apa yang best sebenarnya sebelum dia angkat phone tu dia dengan kawan-kawan dia tengah sambut birthday dia. Lepas itu, kawan-kawan dia cakap disebabkan hari ini birthday dia, doa lah something.

So dia doa Ya Allah, Ya Tuhanku tahun ini bagilah aku kahwin. Dia amin je, yang call itu saya. Mungkin itu petunjuknya yang saya ini jodoh dia.

Video:

@saharulridzwan7

Answer to @amnacute29 Kita takkan pernah tahu perancangan Allah. Tapi yang psti, perancangan Allah adalah yng terbaik. ❤️

♬ original sound – SaharulRidzwan – SaharulRidzwan

@saharulridzwan7

Reply to @qshahrz Hebat Allah! Sambil2 tengok, comment SUBHANALLAH boleh? Semoga kita semua Allah pandang dengan rahmatNya. Amin ❤️

♬ original sound – SaharulRidzwan – SaharulRidzwan

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "[Vide0] Saharul Ridzwan Dedah Bibit Cinta Bersama Isteri, Call Ajak Kahwin Masa Birthday.. Rupa-Rupanya Isteri Ada Niat Sama!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*